Klik Sponsor

05 February 2012

Teori Kawalan Konflik

Teori Kawalan Konflik (Nordlinger, Conflict Regulation in Divided Societies, 1972)

- tanggapan: permasalahan politik utama ialah pengurusan konflik, ke arah mencapai integrasi politik masyarakat yang rencam.
- tujuan pengurusan konflik tercapai apabila tiada elemen keganasan (violence) dan paksaan (coercion) dalam membuat keputusan politik.
- kerangka teori dicirikan oleh 2 tanggapan:
a)   konflik yang kuat (intense)
b)  rejim terbuka (open regimes) – kuasa secara relatif tersebar di kalangan elit dan bukan elit

- 6 pendekatan teori kawalan konflik:
a)   kerajaan campuran yang stabil (stable governing coalition)
b)  prinsip sebandingan (proportionality)
c)   kuasa saling membatal (mutual veto)
d)  tidak mempolitikkan isu (purposive depoliticisation)
e)   tolak ansur (compromises)
f)    penyerahan / konsesi (concessions)

- 4 motif yang mendorong pengawalan konflik:
a)   ancaman luar
b)  keyakinan bahawa konflik dan kesan-kesannya akan memburukkan keadaan ekonomi kumpulan konflik
c)   pencapaian atau pengekalan kuasa politik
d)  mengelak pertumpahan darah

- ringkasan kesimpulan Nordlinger:

a) kehadiran sekurang-kurangnya sebuah motif ialah syarat perlu untuk menerangkan wujudnya usaha pemimpin-pemimpin segmen untuk mengawal konflik.
b) apabila konflik yang kuat berjaya dikawal, sekurang-kurangnya sebuah pendekatan mengawal konflik sentiasa digunakan.

Demokrasi Permuafakatan

Demokrasi Permuafakatan (Lijphart, Democracy in Plural Societies: A Comparative Exploration, 1977)

- definisi: kerajaan oleh gabungan elit yang didirikan untuk mengubah demokrasi yang rencam atau berpecah budayanya kepada demokrasi yang stabil.
- Malaysia ialah contoh negara yang berjaya mengamalkan demokrasi permuafakatan, terutamanya 1955-1969.
- ciri-ciri:

a)   kerajaan campuran yang kukuh (grand coalition) – merangkumi pemimpin politik dari semua segmen utama yang membentuk masyarakat majmuk.
b)  kuasa saling membatal (mutual veto) – persetujuan rasmi atau tidak rasmi antara segmen-segmen untuk menerima atau menolak sebarang dasar. Konsep ‘veto minoriti’ diamalkan.
c)   prinsip sebandingan / perkadaran (proportionality) – pengagihan kuasa, jawatan kabinet dan pentadbiran awam, dan sumber ekonomi seperti subsidi, berkadar dengan kekuatan sesebuah segmen.
d)  otonomi segmen dan sistem persekutuan (federalisme) – pemerintahan oleh segmen minoriti dalam daerah yang pengaruhnya terkuat atau yang jumlahnya membentuk majoriti.

- pra-syarat kejayaan demokrasi permuafakatan:

a)   kerjasama kukuh para elit (overarching elite cooperation)
b)  sokongan stabil golongan bukan elit (stable non-elite support)

- faktor-faktor yang membantu pra-syarat kejayaan:

a)   imbangan kuasa antara pelbagai (lebih dari dua) segmen
b)  saiz negara yang kecil
c)   ketaatan tidak berbelah bahagi dalam segmen
d)  segmen-segmen terpisah dengan jelas. Pemisahan mengurangkan interaksi dan potensi konflik.
e)   tradisi elit yang berkompromi
f)    wujudnya jurang silang-melintang

- masalah-masalah demokrasi permuafakatan:

a) nilai demokrasi yang terhad dan rendah
-        mengutamakan kebebasan kumpulan, bukan kebebasan individu. Kesamaan politik antara individu tergugat.
-        otonomi segmen menggugat kesamaan antara kumpulan.
-        penguasaan berstruktur pihak elit menjadikan kumpulan bukan elit pasif dan mengalah.
b) kestabilan politik terjejas
-        keputusan lambat dicapai (sebab perlu persetujuan pelbagai segmen dalam kerajaan campuran)
-        keputusan sukar dicapai (sebab adanya kuasa saling membatal)
-        pengambilan dan kenaikan pangkat bukan atas dasar merit (sebab adanya prinsip sebandingan)
-        kos operasi kerajaan tinggi (sebab pemberian otonomi segmen)

Sistem Akomodasi Elit

Sistem Akomodasi Elit (Means, Malaysian Politics: The Second Generation, 1991, ms. 2)

- mekanisme akomodasi elit bergantung kepada keupayaan elit politik setiap komuniti untuk mencapai penyelesaian yang akomodatif kepada isu-isu kritikal.
- ciri-ciri umum:

a)     setiap kumpulan etnik bersatu di bawah kepimpinan yang berhak menjaga kepentingan kumpulan etnik itu.
b)     pemimpin setiap komuniti berkeupayaan menentukan supaya keputusan yang dicapai melalui rundingan elit sah dan diterima oleh pengikut.
c)     elit-elit mempunyai kejujuran dan perasaan untuk memahami kehendak kumpulan etnik yang lain.
d)     mobilisasi berdasarkan isu sensitif diminimakan supaya elit-elit dapat berbincang dan bertolak ansur sesama mereka.
e)     institusi perwakilan, seperti Parlimen, menerima penurunan darjatnya kepada sebuah badan yang cuma mengesahkan keputusan yang diperoleh melalui rundingan elit.

- model terpenting sistem akomodasi elit ialah teori demokrasi permuafakatan (consociational democracy) oleh Arendt Lijphart dan teori kawalan konflik (conflict regulation) oleh Eric Nordlinger.