Perutusan Blogger Sempena Pembubaran Parlimen

Bismillahirrahmanirrahim  ... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ....

Merujuk kepada pembubaran parlimen yg dibuat BEKAS Perdana Menteri Malaysia tadi, Saya dengan ini , menyeru kepada rakan-rakan sekalian, membuat pilihan yang bijak dalam mencorak masa depan negara agar lebih aman, harmoni dan maju serta mendapat rahmat, nikmat dan redha Allah. Pilihlah parti politik yang menjunjung Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W sebagai sumber rujukan utama, serta parti politik yang menegakkan keadilan dan tidak berlaku zalim. Ketahuilah, negara kita yg tercinta ini, adalah sebuah negara yang kaya. Sumber kekayaan negara jika diagihkan dengan baik dan saksama, saya yakin taraf ekonomi rakyat dan negara akan lebih baik berbanding sekarang. Hasil bumi seperti minyak, minyak kelapa sawit, bijih besi, getah dan banyak lagi adalah hak rakyat. Kepada para pemimpin dan bakal pemimpin, saya ingin mengingatkan, janganlah ada korupsi, kolusi dan nepotisme dlm sistem kepimpinan anda. Kembalikan hak rakyat, dan bersama2 kita menjadikan Malaysia negara yang disegani dimata dunia dengan hasil kekayaan anugerah Allah.

Sekian Terima Kasih

Selamat berkempen dan mengundi pada PRU13

Related Post

Previous
Next Post »

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.