About Minda Pengarang

Manual Description Here: Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis.

Teori Kawalan Konflik

Teori Kawalan Konflik
Teori Kawalan Konflik (Nordlinger, Conflict Regulation in Divided Societies, 1972)

- tanggapan: permasalahan politik utama ialah pengurusan konflik, ke arah mencapai integrasi politik masyarakat yang rencam.
- tujuan pengurusan konflik tercapai apabila tiada elemen keganasan (violence) dan paksaan (coercion) dalam membuat keputusan politik.
- kerangka teori dicirikan oleh 2 tanggapan:
a)   konflik yang kuat (intense)
b)  rejim terbuka (open regimes) – kuasa secara relatif tersebar di kalangan elit dan bukan elit

- 6 pendekatan teori kawalan konflik:
a)   kerajaan campuran yang stabil (stable governing coalition)
b)  prinsip sebandingan (proportionality)
c)   kuasa saling membatal (mutual veto)
d)  tidak mempolitikkan isu (purposive depoliticisation)
e)   tolak ansur (compromises)
f)    penyerahan / konsesi (concessions)

- 4 motif yang mendorong pengawalan konflik:
a)   ancaman luar
b)  keyakinan bahawa konflik dan kesan-kesannya akan memburukkan keadaan ekonomi kumpulan konflik
c)   pencapaian atau pengekalan kuasa politik
d)  mengelak pertumpahan darah

- ringkasan kesimpulan Nordlinger:

a) kehadiran sekurang-kurangnya sebuah motif ialah syarat perlu untuk menerangkan wujudnya usaha pemimpin-pemimpin segmen untuk mengawal konflik.
b) apabila konflik yang kuat berjaya dikawal, sekurang-kurangnya sebuah pendekatan mengawal konflik sentiasa digunakan.

Read More...

Demokrasi Permuafakatan

Demokrasi Permuafakatan
Demokrasi Permuafakatan (Lijphart, Democracy in Plural Societies: A Comparative Exploration, 1977)

- definisi: kerajaan oleh gabungan elit yang didirikan untuk mengubah demokrasi yang rencam atau berpecah budayanya kepada demokrasi yang stabil.
- Malaysia ialah contoh negara yang berjaya mengamalkan demokrasi permuafakatan, terutamanya 1955-1969.
- ciri-ciri:

a)   kerajaan campuran yang kukuh (grand coalition) – merangkumi pemimpin politik dari semua segmen utama yang membentuk masyarakat majmuk.
b)  kuasa saling membatal (mutual veto) – persetujuan rasmi atau tidak rasmi antara segmen-segmen untuk menerima atau menolak sebarang dasar. Konsep ‘veto minoriti’ diamalkan.
c)   prinsip sebandingan / perkadaran (proportionality) – pengagihan kuasa, jawatan kabinet dan pentadbiran awam, dan sumber ekonomi seperti subsidi, berkadar dengan kekuatan sesebuah segmen.
d)  otonomi segmen dan sistem persekutuan (federalisme) – pemerintahan oleh segmen minoriti dalam daerah yang pengaruhnya terkuat atau yang jumlahnya membentuk majoriti.

- pra-syarat kejayaan demokrasi permuafakatan:

a)   kerjasama kukuh para elit (overarching elite cooperation)
b)  sokongan stabil golongan bukan elit (stable non-elite support)

- faktor-faktor yang membantu pra-syarat kejayaan:

a)   imbangan kuasa antara pelbagai (lebih dari dua) segmen
b)  saiz negara yang kecil
c)   ketaatan tidak berbelah bahagi dalam segmen
d)  segmen-segmen terpisah dengan jelas. Pemisahan mengurangkan interaksi dan potensi konflik.
e)   tradisi elit yang berkompromi
f)    wujudnya jurang silang-melintang

- masalah-masalah demokrasi permuafakatan:

a) nilai demokrasi yang terhad dan rendah
-        mengutamakan kebebasan kumpulan, bukan kebebasan individu. Kesamaan politik antara individu tergugat.
-        otonomi segmen menggugat kesamaan antara kumpulan.
-        penguasaan berstruktur pihak elit menjadikan kumpulan bukan elit pasif dan mengalah.
b) kestabilan politik terjejas
-        keputusan lambat dicapai (sebab perlu persetujuan pelbagai segmen dalam kerajaan campuran)
-        keputusan sukar dicapai (sebab adanya kuasa saling membatal)
-        pengambilan dan kenaikan pangkat bukan atas dasar merit (sebab adanya prinsip sebandingan)
-        kos operasi kerajaan tinggi (sebab pemberian otonomi segmen)
Read More...

Sistem Akomodasi Elit

Sistem Akomodasi Elit
Sistem Akomodasi Elit (Means, Malaysian Politics: The Second Generation, 1991, ms. 2)

- mekanisme akomodasi elit bergantung kepada keupayaan elit politik setiap komuniti untuk mencapai penyelesaian yang akomodatif kepada isu-isu kritikal.
- ciri-ciri umum:

a)     setiap kumpulan etnik bersatu di bawah kepimpinan yang berhak menjaga kepentingan kumpulan etnik itu.
b)     pemimpin setiap komuniti berkeupayaan menentukan supaya keputusan yang dicapai melalui rundingan elit sah dan diterima oleh pengikut.
c)     elit-elit mempunyai kejujuran dan perasaan untuk memahami kehendak kumpulan etnik yang lain.
d)     mobilisasi berdasarkan isu sensitif diminimakan supaya elit-elit dapat berbincang dan bertolak ansur sesama mereka.
e)     institusi perwakilan, seperti Parlimen, menerima penurunan darjatnya kepada sebuah badan yang cuma mengesahkan keputusan yang diperoleh melalui rundingan elit.

- model terpenting sistem akomodasi elit ialah teori demokrasi permuafakatan (consociational democracy) oleh Arendt Lijphart dan teori kawalan konflik (conflict regulation) oleh Eric Nordlinger.
Read More...

Pendekatan Politik Perkauman

Pendekatan Politik Perkauman
Pendekatan Politik Perkauman

- terbit dari fakta bahawa Malaysia ialah masyarakat majmuk.
- ciri-ciri masyarakat majmuk:
a)   kepelbagaian kaum yang terpisah oleh pembeza budaya: ras, bahasa, agama / mazhab, suku kaum, keturunan, kedaerahan.
b)   adanya institusi-institusi khusus untuk memperjuangkan kehendak kumpulan kaum yang terpisah.
c)   adanya keinginan untuk mengekalkan pemisahan. Menurut Geertz, ini disebabkan sentimen primordial (semulajadi).
d)   perbezaan sosio-ekonomi antara kumpulan kaum yang terpisah.

- menurut teori, masyarakat majmuk menjurus kepada ketidakstabilan demokrasi (contoh: Rabushka & Shepsle, Politics in Plural Societies: A Theory of Democratic Instability, 1972).
- faktor primordial menyebabkan konflik hanya boleh dikawal atau dikurangkan. Benih konflik perkauman tidak boleh dihapuskan.
- integrasi perkauman membendung konflik dan memperakukan kepelbagaian budaya.
- asimilasi perkauman cuba menghapuskan konflik dengan menghapuskan kepelbagaian budaya (contoh: Indonesia sebelum Reformasi, rejim komunis Soviet Union). Ini menekan kumpulan minoriti untuk menyamakan identiti mereka dengan identiti kumpulan kaum dominan.


Read More...

Hasan Ali yang dah mula merepek

Assalamualaikum ... harini aku nk berkongsi sedikit analisis dan apa yang terkandung dlm minda aku yang dah lama aku pendamkan bila melihat isu Hasan Ali yang sejak dipecat oleh PAS , beliau seolah2 orang yang dah xde pedoman dlm berhujah. Apa yang boleh cakap dia akan cakap je ikut suka hati dia walaupun dia tau benda yang dia cakap tu salah. Hasan Ali yang dulu lantang membantai umno/bn sejak akhir2 ni berceramah membawa isu yang seolah2 sudah menjilat kembali ludah yang telah dikeluarkan dulu. Makin lama makin kuat mengarut org tua ni.


Dia fikir kononnya dia org yang lantang memperjuangkan akidah yang merepek disana sini. Sedangkan perjuangannya hanya sekadar ceramah yang diadakan 3,4 jam dan bila habis ceramah, hasilnya tidak seberapa. Apa yang perlu dalam memperjuangkan akidah org Islam bukan sekadar ceramah saja tapi tindakan proaktif yang perlu diambil kerajaan dlm menangani gejala sosial yang semakin berleluasa. Apa guna ceramah kalau media2 pro kerajaan masih sibuk dengan hiburan-hiburan yang dihidangkan setiap saat buat orang ramai.  Pihak yang paling perlu memainkan peranan adalah Pimpinan negara. Beliau berkuasa dalam menjadi individu yang tegas dalam mencorak bentuk sistem masyarakat.


Pemimpin yang menjadi contoh bagi rakyat dalam negara. Bagaimana rakyat ingin berubah jika pemimpin sendiri pun hanyut dilambung kepentingan dunia dan tidak menitik beratkan norma2 sosialisasi yang baik.  Tidakkah kita sedar risiko kecelaruan rakyat yang semakin menjadi2 akhir2 ini. Apakah peranan yang telah dimainkan pimpinan atasan? Cuma sekadar cakap sahaja.. apakah tindakan yang telah dijalankan bagi membendung budaya tidak sihat ini.?  Adakah majalah2 yang terlalu cenderung kepada  sosial dibendung. Lihatlah sebagai contoh Majalah Mangga yang boleh dikategorikan majalah Playboy Malaysia. Tidakkah kita prihatin dengan perkara ini.

Bagaimana nak betulkan akidah orang Islam kalau tiada tindakan dlm isu2 yang lebih penting ini. Adakah pemimpin kita dah buta atau beliau juga seronok melihat susuk tubuh artis2 yang mengiur dan menghairahkan berbanding susuk tubuh Kak Mah yang bentek hahaha.


Hasan Ali jangan bikin sibuk kalau perkara2 seperti ini pun dia xnampak bagaimana pula dia nak perjuangkan akidah org islam. Walaupun tidak boleh dinafikan apa yang dilakukan itu baik tetapi beliau perlu peka dan bukak pekak. Isu akidah ini memang isu yang sangat penting, tapi lihat sajalah suasana kehidupan rakyat Malaysia sekarang yang dibuai perkara2 yang merosakkan minda. Ini juga perkara2 yang perli ditekankan bagi memberi impak yang lebih cantik dalam membentuk sistem kehidupan orang Islam.


Lihat lah melayu Islam yang rosak di kelab2 malam. Adakah mereka ini akidahnya boleh dibentuk dengan hanya bercakap. Mengapa pemimpin kita membiarkan pusat2 hiburan tumbuh bak cendawan sedangkan negara yang dibanggakan ini di canang negara Islam. Adakah ini bentuk Islam yang dimaksuhkan pemimpin umno/bn sekarang. 


Bagaimana pula dengan mereka2 yang bersosial, berzina dan sebagainya diluar sana. 


Hasan ohhhhh Hasan.. kalau dah kecewa jangan nak menyalahkan PAS. Kamu dipecat bukan kerana perjuangan kamu dan parasit dalam PAS. kamu dipecat sebab kamu tu xreti bahasa dan tak faham perjuangan dalam PAS. Mesyuarat kamu xpergi, bila ade isu buat sidang media sana sini tanpa merujuk isu pada pihak pimpinan dan majlis syura. Perjuangan PAS yang tertinggi tetap pimpinan Ulama tapi kamu kata PAS dikuasai golongan sekular. Sebenarnya kamu telah gila isim aku rasa. Mungkin terlalu banyak kaji Agama tanpa merujuk pada Ulama. Gila isim la jadinya. 


Aku berdoa semoga Allah memberi petunjuk pada kau Hasan Ali dan semoga kau sedar yang kau telah jauh tersesat. 




p/s : Segala isu dan ulasan adalah sekadar  satu bentuk pemikiran kritis dari MindaPengarang©™







Read More...

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.