Demokrasi Permuafakatan (Lijphart, Democracy in Plural Societies: A Comparative Exploration, 1977)
- definisi: kerajaan oleh gabungan elit yang didirikan untuk mengubah demokrasi yang rencam atau berpecah budayanya kepada demokrasi yang stabil.
- Malaysia ialah contoh negara yang berjaya mengamalkan demokrasi permuafakatan, terutamanya 1955-1969.
- ciri-ciri:
a) kerajaan campuran yang kukuh (grand coalition) – merangkumi pemimpin politik dari semua segmen utama yang membentuk masyarakat majmuk.
b) kuasa saling membatal (mutual veto) – persetujuan rasmi atau tidak rasmi antara segmen-segmen untuk menerima atau menolak sebarang dasar. Konsep ‘veto minoriti’ diamalkan.
c) prinsip sebandingan / perkadaran (proportionality) – pengagihan kuasa, jawatan kabinet dan pentadbiran awam, dan sumber ekonomi seperti subsidi, berkadar dengan kekuatan sesebuah segmen.
d) otonomi segmen dan sistem persekutuan (federalisme) – pemerintahan oleh segmen minoriti dalam daerah yang pengaruhnya terkuat atau yang jumlahnya membentuk majoriti.
- pra-syarat kejayaan demokrasi permuafakatan:
a) kerjasama kukuh para elit (overarching elite cooperation)
b) sokongan stabil golongan bukan elit (stable non-elite support)
- faktor-faktor yang membantu pra-syarat kejayaan:
a) imbangan kuasa antara pelbagai (lebih dari dua) segmen
b) saiz negara yang kecil
c) ketaatan tidak berbelah bahagi dalam segmen
d) segmen-segmen terpisah dengan jelas. Pemisahan mengurangkan interaksi dan potensi konflik.
e) tradisi elit yang berkompromi
f) wujudnya jurang silang-melintang
- masalah-masalah demokrasi permuafakatan:
a) nilai demokrasi yang terhad dan rendah
- mengutamakan kebebasan kumpulan, bukan kebebasan individu. Kesamaan politik antara individu tergugat.
- otonomi segmen menggugat kesamaan antara kumpulan.
- penguasaan berstruktur pihak elit menjadikan kumpulan bukan elit pasif dan mengalah.
b) kestabilan politik terjejas
- keputusan lambat dicapai (sebab perlu persetujuan pelbagai segmen dalam kerajaan campuran)
- keputusan sukar dicapai (sebab adanya kuasa saling membatal)
- pengambilan dan kenaikan pangkat bukan atas dasar merit (sebab adanya prinsip sebandingan)
- kos operasi kerajaan tinggi (sebab pemberian otonomi segmen)
Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih