Hasan Ali yang dah mula merepek

Assalamualaikum ... harini aku nk berkongsi sedikit analisis dan apa yang terkandung dlm minda aku yang dah lama aku pendamkan bila melihat isu Hasan Ali yang sejak dipecat oleh PAS , beliau seolah2 orang yang dah xde pedoman dlm berhujah. Apa yang boleh cakap dia akan cakap je ikut suka hati dia walaupun dia tau benda yang dia cakap tu salah. Hasan Ali yang dulu lantang membantai umno/bn sejak akhir2 ni berceramah membawa isu yang seolah2 sudah menjilat kembali ludah yang telah dikeluarkan dulu. Makin lama makin kuat mengarut org tua ni.


Dia fikir kononnya dia org yang lantang memperjuangkan akidah yang merepek disana sini. Sedangkan perjuangannya hanya sekadar ceramah yang diadakan 3,4 jam dan bila habis ceramah, hasilnya tidak seberapa. Apa yang perlu dalam memperjuangkan akidah org Islam bukan sekadar ceramah saja tapi tindakan proaktif yang perlu diambil kerajaan dlm menangani gejala sosial yang semakin berleluasa. Apa guna ceramah kalau media2 pro kerajaan masih sibuk dengan hiburan-hiburan yang dihidangkan setiap saat buat orang ramai.  Pihak yang paling perlu memainkan peranan adalah Pimpinan negara. Beliau berkuasa dalam menjadi individu yang tegas dalam mencorak bentuk sistem masyarakat.


Pemimpin yang menjadi contoh bagi rakyat dalam negara. Bagaimana rakyat ingin berubah jika pemimpin sendiri pun hanyut dilambung kepentingan dunia dan tidak menitik beratkan norma2 sosialisasi yang baik.  Tidakkah kita sedar risiko kecelaruan rakyat yang semakin menjadi2 akhir2 ini. Apakah peranan yang telah dimainkan pimpinan atasan? Cuma sekadar cakap sahaja.. apakah tindakan yang telah dijalankan bagi membendung budaya tidak sihat ini.?  Adakah majalah2 yang terlalu cenderung kepada  sosial dibendung. Lihatlah sebagai contoh Majalah Mangga yang boleh dikategorikan majalah Playboy Malaysia. Tidakkah kita prihatin dengan perkara ini.

Bagaimana nak betulkan akidah orang Islam kalau tiada tindakan dlm isu2 yang lebih penting ini. Adakah pemimpin kita dah buta atau beliau juga seronok melihat susuk tubuh artis2 yang mengiur dan menghairahkan berbanding susuk tubuh Kak Mah yang bentek hahaha.


Hasan Ali jangan bikin sibuk kalau perkara2 seperti ini pun dia xnampak bagaimana pula dia nak perjuangkan akidah org islam. Walaupun tidak boleh dinafikan apa yang dilakukan itu baik tetapi beliau perlu peka dan bukak pekak. Isu akidah ini memang isu yang sangat penting, tapi lihat sajalah suasana kehidupan rakyat Malaysia sekarang yang dibuai perkara2 yang merosakkan minda. Ini juga perkara2 yang perli ditekankan bagi memberi impak yang lebih cantik dalam membentuk sistem kehidupan orang Islam.


Lihat lah melayu Islam yang rosak di kelab2 malam. Adakah mereka ini akidahnya boleh dibentuk dengan hanya bercakap. Mengapa pemimpin kita membiarkan pusat2 hiburan tumbuh bak cendawan sedangkan negara yang dibanggakan ini di canang negara Islam. Adakah ini bentuk Islam yang dimaksuhkan pemimpin umno/bn sekarang. 


Bagaimana pula dengan mereka2 yang bersosial, berzina dan sebagainya diluar sana. 


Hasan ohhhhh Hasan.. kalau dah kecewa jangan nak menyalahkan PAS. Kamu dipecat bukan kerana perjuangan kamu dan parasit dalam PAS. kamu dipecat sebab kamu tu xreti bahasa dan tak faham perjuangan dalam PAS. Mesyuarat kamu xpergi, bila ade isu buat sidang media sana sini tanpa merujuk isu pada pihak pimpinan dan majlis syura. Perjuangan PAS yang tertinggi tetap pimpinan Ulama tapi kamu kata PAS dikuasai golongan sekular. Sebenarnya kamu telah gila isim aku rasa. Mungkin terlalu banyak kaji Agama tanpa merujuk pada Ulama. Gila isim la jadinya. 


Aku berdoa semoga Allah memberi petunjuk pada kau Hasan Ali dan semoga kau sedar yang kau telah jauh tersesat. 




p/s : Segala isu dan ulasan adalah sekadar  satu bentuk pemikiran kritis dari MindaPengarang©™







Related Post

Previous
Next Post »

Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.