About Minda Pengarang

Manual Description Here: Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis.

MasyaAllah

MasyaAllah
Salam..


Ape cite ni.. makin menjadi-jadi plak media pro kerajaan sekarang..
Suka ati mak tiri dieorg je duk paparkan aksi video seks yg kononnya anwar kat tv
tak reti-reti lagi ke.. kan waktu berita tu waktu istirehat keluarga. Mesti kanak-kanak pun ada depan tv.. takke namanya mendidik anak-anak dengan benda-benda yang buruk macam ni.. Kanak-kanak patutnya didedahkan dengan benda-benda berfaedah yang dapat membimbing mereka menjalani kehidupan lebih bermoral.

Kerajaan duk canang sini sana masalah gejala sosial yang makin menjadi-jadi, tapi kerajaan juga membiarkan sistem penyampaian maklumat yang sama sekali merosakkan moral masyarakat. Nampak gayanya, peranan media massa sama sekali terhapus dan tidak lansung boleh digunakan dalam membimbing masyarakat. Justeru itu badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu bergabung dalam mendesak kerajaan menjalankan peranan mereka menyalurkan maklumat yang lebih bermakna kepada masyarakat. Jangan asyik nak berpolitik lucah. Kalau dah sampai seru, kerajaan sekarang akan tumbang jugak. Tak payah la bersungguh-sungguh nak merosakkan minda rakyat.

NONENi sekor lagi mahluk planet mana la bebal sangat. kalau dah jahil tu jangan la tujukkan yang awak tu jahil. Dah ramai duk tenguk kejahilan kau tu. Digelakkan orang aje. Klu org UMNO/BN tu tak heran la.. memang semua sama jahil dengan kau. Duk sibuk nak sumpak laknat la sangat. Seboleh-boleh dia nak tenguk Anwar ibrahim jatuh. Hebat sungguh la perancangan Iblis-iblis ni. Tak takut Allah ka kau org semua ni. Ni la Yakjuj-Makjuj kecil kat Malaysia. Membawa kerosakan dimuka bumi. Skit hari lagi bergabung dengan dajal la ni.










Read More...

Pengalaman Semasa Perhimpunan Mansuh ISA

Pengalaman Semasa Perhimpunan Mansuh ISA

Assalamualaikum.. berikut adalah pengalamanku semasa menghadiri demonstrasi mansuh ISA.

Aku banguk jam 6.30, selepas selesai solat subuh, aku menyiapkan kelengkapan yang aku perlu bawa, garam , penutup muka dan lencana mansuh ISA.

Aku bergerak dari rumah seawal pagi jam 7 menaiki motorsikal yang aku sayangi c70 sebab aku takut sekatan jalan yang membuatkan aku tidak dapat hadir berjuang bersama rakan lain. Dalam perjalanan, hatiku berdebar dan berdoa semoga tiada halangan dihadapan. Aku bertawakal pada Allah.

Alhamdulillah lebih kurang jam 8 aku sampai di masjid negara. Kelihatan rakan-rakan yang bersama2 ingin menyertai perhimpunan telah hadir tapi masih belum ramai. Tidak ketinggalan pihak polis yang berpakaian seragam dan preman telah bersiap sedia di luar masjid negara.

Sehingga jam 9 aku bersantai diluar masjid negara, terasa pulak perut lapar, aku terfikir, mungkin aku kena banyak guna tenaga semasa perhimpunan nanti.. aku bergerak ke blakang masjid negara. Baru aku tahu ada kedai makan diblakang masjid negara. Aku ingat nak makan kat kedai terus, tapi penuh la pulak.. nampak gayanya bungkus aje la. siap bungkus makanan, aku cari lokasi untuk makan.. dapat pulak port baik dekat2 dengan taman rama2. Balun ajelah tepi jalan. Janji perut aku berisi..

Abis makan, aku turun kembali ke masjid negara, kelihatan masih lengang .. belum ramai yang datang.. aku duduk sampai pukul 9.30. Hati aku rasa gelisah sebab terasa sedang diawasi polis preman yang ada berdekatan. Apa lagi aku cabut la.. aku usha pulak area masjid jamek, amboiii depan masjid jamek punyalah ramai polis.. bersepah aku tenguk. Aku pikir jangan buat pasal duk menyerah diri kat masjid jamek ni.

Aku gerak pulak lokasi ketiga di depan sogo. depan sogo lagi la... pukul 9.30 mane ade org sgt, polis penuh depan sogo.. macam nak tangkap komunis pulak. Aku pikir baik aku pi kat masjid negara semula .. tapi lokasi depan stesen komuter .. Aku parking situ. aku letak garam ngan lencana ISA dalam poket. aku gerak ke dlm stesen komuter.

Bila aku masuk, aku nampak ade la dalam 20 org kaki demonstrasi duk lepak jugak. Aku lepak dalam tu.. skali sekala aku usha kat masjid negara .. aku nampak ade org bawak beg diperiksa... ada pulak yang ditangkap. tak pasal2 belum mula dah kena tangkap.. tak boleh jadik ni. Rupa-rupanya sapa yang bawak benda berkaitan perhimpunan seperti baju, lencana, atau apa saja ada lambang anti ISA akan ditahan.. Aduhhh.. macam mana ni..

Apa lagi aku cepat2 gerak ke motor balik... aku kluarkan garam dan lencana .. letak kat box motor.. nasib baik aku pakai baju hitam biasa.. bukan berkaitan anti ISA. Aku pi balik lokasi tadi. lepak kat situ, bertemu pulak 2 org yang bakal join jugak.. rupa2nya duk dekat ngan tempat aku. kami sembang2 la.. tengah duk sembang2, datang 2 org polis pakai seragam. yang sorang ni muda lagi ada 2 paku. paku pakis kot hehehe. dia la yang duk nyibuk cek semua org. tangkap sini sana. nak tunjuk kuasa la aku rasa. Biasa la org muda baru dapat 2 paku pakis.

Die datang kat kami ber 3 , die duk tanya aku aje sebab die perasan aku dah lama kat situ.. Mula lah satu perbualan

polis : abang buat apa kat sini

Aku : lepak2 je rang.. sembang2 dengan kwn

polis : lama kau sembang, ye ke kau sembang2.. ko jgn memain

aku : ye bang

polis : aku pusing lagi sekali aku nampak ko kat sini lagi aku angkut ek

Masa tu aku nye panas datang, tapi aku sabo aje lee... kite ade hormat lagi sama die.. takpe.. aku angkat kaki aku gerak pi masjid jamek plak.. sampai kat area masjid jamek banyak plak polis.. aku pi kat pasar area masjid india. aku parking motor situ. apa lagi.. merayap la tenguk barang2.. penat merayap aku lepak kat luar 7e dedekat pasar tu.

aku tenguk area aku lepak ade la dlm 10 org pakai kopiah.. nampak pakcik2 je.. aku rasa musti nak join demo ni.. takpe la aku lepak lagi.. tiba2 aku nampak kat dataran ada gas pemedih mata dah dilempar.. aku tak tau are mana die lempar, tapi tempiasnya kena pada kitaorg jugak. apa lagi dapatkan garam kembali.. kemam secukup rasa nak hilangkan pedih. lega rasanya.

Dah lega aku sambung lepak.. tiba2 dtg sorang budak muda, rasanya bwh umur aku. dari air muka die aku dapat rasa dah.. die salam ngan aku. die tanya kenapa tadi bang .. dah lepaskan gas ke.. aku kata aku pun tak tau.. tak semena-mena je.. belum mula dah lepaskan. budak tu tanya lagi, dari mana bang? aku jawab dari klang selangor, aku tanya plak die dari mana. die kata dia dari kl gak. pastu die kata " saya polis bang " . teperanjat aku, tapi aku tak lari sebab nampak mcm die xnak tangkap aku. die buat isyarat suruh diam. dia kata die datang nak tenguk2 aje, katanya kawan2 die ramai kaki demo. semua call die ajak join, tapi die polis takbleh la nak join, tenguk dari jauh boleh la. legaa aku.. belum habis kami sembang tiba2 polis pakai seragam lebihkurang 15org datang serbu.. die jerit TANGKAP.. TANGKAP.

Apa lagi aku bukak langkah seribu la.. aku tak tau la apa nasib budak polis tu.. nasib baik aku cabut .. aku tenguk dari jauh ade la 2,3 org kena tangkap.. tak semena2 je. bila aku tenguk polis dah takde.. cepat2 aku pi ambik motor tukar lokasi lain.

aku pi kat sogo plak.. aku tenguk org dah mula ramai.. tapi muka2 kaki demo blum ramai.. nasib baik aku bwk motor.. boleh jenjln cari lokasi yg terbaik. aku gerak semula ke masjid negara, kali ni aku tak berani duk depan masjid, tapi aku duk kat seberang betul2 kat depan daya bumi. lebih kurang jam 12.30 aku dah ade kat depan daya bumi.

Aku parking motor kesayanganku depan hentian teksi depan daya bumi. aku lepak kat hentian tu.. aku terpandang ada 1 manusia duk baring pegang plastik.. aku peratikan aje ape die buat. Rupa2nya die duk isap gam. Aku terpikir, kenapa polis halang org nak pi masuk masjid sedangkan sampah masyarakat yang duk isap gam bleh dibiarkan. geleng kepala aku.

Aku duk lepak kat depan daya bumi sampai waktu zohor. Tiba2 dari celah2 daya bumi ramai rakan2 seperjuangan yang nak pi demo keluar.. teperanjat aku.. ingtkan takde org. sekali keluar beribu2.. mula la semangat aku berkobar.. aku bawak motor parking kat daya bumi (parking bwh tanah).

pastu aku gerak pi masjid negara seperti org lain. Abis semua solat zohor, aku duk tunggu awal2 dah kat luar... apa lagi bermula lah episod perhimpunan. Kelihatan Hatta Ramli dan Dr Zulkifli. Bila 2org pimpinan tertinggi suruh org ramai turun segera, polis dah mula suruh bersurai. Br Hatta Ramli nak berucap, tiba2 datang polis nak menangkapnya, apa lagi kami tak beri peluang.. kami pegang hatta Ramli sekuat hati agar tak terlepas ketangan polis.. koyak baju hatta ramli dibuatnya.

Kami berjaya merampas Hatta Ramli. kesian aku tenguk bajunya dah koyak rabak. Hatta Ramli memulakan perhimpunan dengan melaungkan " Hidup Rakyat" "Takbir".. mulalah bergema laungan kami.. memandangkan jalan di bulatan masjid negara pihak polis telah kepung, kami menukar haluan menuju ke bulatan parlimen. Kami bergerak beramai2, Aku makin bersemangat bila dapat melihat ribuan manusia mula membanjiri jalan.

Kami bergerak sambil melaungkan slogan2 anti ISA. Sepanjang perjalanan, aku sempat merakam betapa ramainya rakyat yang inginkan ISA dihapuskan. Tiba2 member aku call, dia tanya aku kat mana, aku kata kat bulatan parlimen, die kata die di sogo.. rupanya di sogo pun dah bermula. Bersemangat lagi la aku. Semasa kami ingin turun dari fly over bulatan parlimen, rupa2nya pasukan FRU dah sedia menunggu disitu.. jadi kami berhenti. dan pusing kembali.

Kali ni kami turun dan ingin melalui dataran untuk bergabung dengan pasukan dari sogo. tetapi hasrat kami tak kesampaian, kami dibedil gas pemedih mata bertalu2. kami bertempiaran lari menyelamatkan diri. kami kembali berundur sedikit. sedang kami berehat, tiba sebuah logi fru menembak air asid kearah kami. aku lihat ramai yang lari di depan aku.. aku pun dah ready nak lari. tapi aku tenguk depan2 aku ada yang tak kena air..

Tiba2 aku tenguk air nye makin hampir sampai kat aku.. aku bukak langkah, sambil lari aku paling kebelakang, buuuuuuuuuuushhhhhhhh... habis muka dan badan aku kena air, blakang2 aku pun kena sikit... pedihhnyeeeeeeeeee... aku takbleh nak bukak mata.. pedihnya yang amat.. cepat2 aku kluarkan garam.. aku kemam garam dan sapu dimuka aku.. tak ilang pulak die punya pedih.. kebetulan pulak bekalan air aku dah habis.

Apa lagi aku mintak tolong rakan2 yang ada air.. ada la 2,3 org tolong beri air utk aku cuci muka... aku kena tang muka, tu sebab xbleh tahan.. dah cuci muka ade la lega skit, tapi stil pedih.. aku kemam garam tak putus2.. Alhamdulillah, pedih aku surut sedikit.. garam takbleh putus ada dalam mulut, sebab die nuetralkan pedih mata...

Ada rakan2 yang lari panjat bukit takut ditangkap... aku duk dalam semak sambil pulihkan kembali pedih mata aku.. bila dah reda.. aku keluar kembali join rakan2 yang masih ramai ada... sedikit demi sedikit rakan2 yang lari tadi datang kembali. aku rasa kali ni dos air asid dia lebih.. sebab terkena kulit pun pedihhh. sebelum ni takda la pedih sangat.

Kami undur kembali dan ingin menuju ke masjid negara, tiba2 gas pemedih mata dilepaskan dari arah masjid negara... aduh.. belum abis pedih datang lagi 1 serangan... kami lari bertempiaran... aku lari arah kiri ke jalan parlimen.. ada jugak SB kat situ.. tapi dieorg buat tak tau je.. mungkin takda arahan menangkap di bahagian mereka.

aku lari sekuat hati.. entah mana2 ceruk aku masuk.. Takdir Allah ada pulak 1 kedai makanan kat situ.. apa lagi aku dengan 6,7 org yang lari beli air mineral besar buat cuci muka dan minum. sebab dah terlalu penat. sambil minum aku rehat sekejap... bila dah lega aku maju balik.. aku datang ke tampat kami berhimpun tadi.. aku lihat dah ilang semua.. tah mana2 mereka lari aku pun tak tau.. aku lalu di dataran nak menuju ke sogo.

200 meter dari sogo aku rehat sekejap sebab dah penat. tiba2 aku ternampak kwn lama. aku ingat dia kaya die org umno, upanya die pun pembangkang jugak. sedang kami lepak rehat, aku tenguk bederet lori fru lalu menuju ke sogo. ada pulak yang kata kat sogo ramai lagi, jadi kami buat keputusan ke sogo.. baru 4,5 langkah tiba2 aku tenguk ade polis beseragam duk kejar 2,3 org mamat demo. budak tu lari betul2 depan aku. aku buat mcm xde pape je.. aku buat mcm muka org xsalah. tapi aku tepikir, nekad, kalau polis tadi die datang nak tangkap aku, memang aku nak ajak berentap 1 lwn 1 . sebab die sorang aje , pasukan die duk jauh di depan.

Nasib aku baik, die pun kecut ugak rasanya sebab ade 6,7 org lagi blakang aku.. kami melintas menuju ke jalan TAR. sampai di jalan TAR , aku tenguk rupanya ramai lagi ada disitu. tapi tak berdemo la.. cuma rehat2 je.. melepaskan penat lelah. kelihatan jugak org cina bawak patung berupa syaitan yang ditujukan pada polis dan pemerintah BN dan UMNO. sedang kami rehat2, tiba2 dari arah pertama kompleks, gas dilepaskan.. kami berundur.. baru kami berundur sedikit, tiba2 dibelakang datang pulak lori penyembur. apa lagi takde amaran lansung, retus sembur.. kami takda tempat nak lari dah.. kami terpaksa masuk ke dalam pasar.

bila dah ada dalam pasar, kami fikir dah reda la.. kami nak la cari apa yang boleh dimakan dan minum, tak semena-mena polis fru yang takde akal lepaskan gas di dalam pasar. apa lagi kami lari la, menuju kedalam pusat membeli belah, tah ape kenama aku lupa.. duk dalam tu pun takbleh tahan, gas dah bergelumang dalam shoping tu.

Aku keluarkan garam dan kemam secukup rasa. aku kasihan tenguk ramai perempuan dan kanak2 dah kepedihan dalam tu.. apa lagi aku beri semua garam.. aku kata " Garam Garam Garam.. kemam garam.. hilangkan pedih "..

Aku tepikir, duk dalam shoping lagi takbleh.. gas x keluar, aku kluar lari ke arah masjid india. Aku gerak kembali ke masjid jamek.. aku lepak kat luar masjid jamek sampai tiba waktu Asar. .. aku nampak polis masih banyak kat luar masjid jamek. aku takde rasa takut dah.. tujuan aku nak solat. kalau aku nak masuk solat dia hatang memang cari nahas la... bila azan asar je, aku tenguk ramai mula masuk,... aku pun masuk solat sekali..

Selesai solat Asar, aku keluar masjid, sampai diluar kelihatan polis berpakaian seragam dah menunggu 3 lapis lebih kurang 30 orang. aku duk releks kat luar. tiba2 ternampak member .. apa lagi lepak bersembang la.. aku lihat jam dah pukul 5.15.. aku takut motor aku takbleh nak kluarkan kat daya bumi. takut die tutup pagar.

Aku jalan kaki dari masjid jamek menuju ke daya bumi. sampai didataran, aku terpandang, 2 ekor anjing yang lebih besar dari aku dipegang 2 org polis. aku heran, takkan sampai nak lepaskan anjing. makin melampau pulak polis ni.

Aku teruskan perjalanan .. dan mengambil motosikal.. nasib baik pagar tak tutup.. aku bawak motor kembali ke lokasi tadi di masjid jamek.. bila aku sampai, aku tenguk 2 biji lori water canon dahpun tembak. mungkin ramai yang abis solat tadi duk laung slogan anti ISA lagi. aku berhenti, saje nak tenguk kalau2 ade lagi sbb aku nak join. sampai pukul 6.15 aku tunggu takde dah.. aku pun buat keputusan pulang..

Sampai rumah lembik terus ... penat..

Itulah pengalamanku .. Aku bersyukur dan berbangga menjadi Pejuang.

TAKBIIIIIRRRRRRRRRRRRRRRRR...

ALLAHUAKBAR....

Read More...

Tuan Guru

Tuan Guru
Tuan Guru

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab. Sarjana Perundangan Islam.

Inikah orang yang anda ingin lawan bersungguh-sungguh .. Adakah anda lebih arif tentang agama daripada beliau. Fikirkan sendiri.

Read More...

Assalamualaikum..

Assalamualaikum..
Buat semua pembaca sekelian.

Buat masa ini cawangan terbaru MindaPengarang di Blogspot masih dalam pembinaan..
InsyaAllah saya akan update dengan interface dan isi2 terbaru bagi tatapan semua..
Diharap anda semua dapat bersabar.. Sekian Terima Kasih
Read More...

Teori Institutionalisme

Teori Institutionalisme

Teori Institutionalisme

Semua dasar awam sememangnya berkisar atas kegiatan dan peranan institusi politik. Institusi-institusi politik dianggap sebagai institusi resmi kerajaan. Oleh yang demikian, institusi politik perlu ditinjau atau dikaji demi untuk mengetahui peranannya dalam pembentukan dasar awam.

Tahap-tahap pembuatan dasar awam melibatkan institusi-institusi politik dan mereka sememangnya memainkan peranan yang dinamik. Sesuatu dasar awam yang baru sememangnya dicadangkan, direka cipta, dibahasakan dan dilaksanakan oleh institusi-institusi politik. Institutionalisme kerap kali digunakan untuk menerangkan fungsi dan peranan struktur-struktur formal serta pengawasan dan pengawalan yang dilakukan olehnya.

Read More...

Kematian Teo Yang Meragukan

Kematian Teo Yang Meragukan

Semperna pemerintahan Najib 100 hari, kita telah dihadiahkan berita menyedihkan, memeranjatkan dan meragukan iaitu kematian Teoh Beng Hock, 30 setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah yang kononnya jatuh dari pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam Selangor.

Terdapat keraguan munasabah diatas kejadian yang menimpa Teo. Diantaranya :-

1. Jika Teo membunuh diri, apakah motif beliau sedangkan beliau sekadar individu yang dipanggil untuk siasatan terhadap bos beliau.

2. Tidak ada logiknya Teo membunuh diri sedangkan beliau ingin mendaftarkan perkahwinannya pada 17 Julai tetapi ditemui mati 1 hari sebelum itu iaitu 16 Julai.

3. Teoh disoalsiasat selama kira-kira 10 jam 45 minit (iaitu) dari jam 5 petang Rabu hingga jam 3.45 pagi hari Khamis. Siasatan memakan masa yang sangat lama.

4. kenapa Teo dinafikan untuk membawa penasihat undang-undangnya.

5. Mengapa Teoh gagal dihubungi selepas dia dibebaskan pada jam 3.45pagi

6. Mengapa SPRM mengambil masa yang lama untuk memanggil sidang akhbar iaitu jam 5 petang memaklumkan tentang kematian Teo sedangkan mereka menyedarinya pada jam 1.30 tengahari.

7. Mengapa Peguam yang dilantik ahli keluarga mangsa tidak dibenarkan melihat mayat mangsa. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.

8. Tidakkah pejabat SPRM mempunyai cctv.

9. Mengapakah kes yang berkaitan pembangkang sahaja disiasat sedangkan kes berkenaan rumah khir toyol pencuri seolah-olah dilupakan.

10. Mengapakah mayat mangsa iaitu Teo, lambat diangkat dan dibawa untuk pemeriksaan, seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.

Berikut adalah persoalan yang bermain di minda pengarang, minda anda apa pula. Kita tunggu persoalan lain yang bakal keluar dalam 2,3,4,5 hari lagi.

Teo sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya pada 17 julai.

Read More...

Nasihat Buat Semua

Nasihat Buat Semua

Sesungguhnya Allah sayangkan insan-insan yang mengamalkan perkara-perkara ini :-

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita..

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan...

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa ,
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.

Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah..
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. . .

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan
kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Note : Ihsan dari kedahlanie

Read More...

Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut Furnivall

Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut Furnivall
Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut Furnivall

  • Mempunyai 2 atau lebih kumpulan etnik, tinggal di kawasan yang sama, tidak bercampur-gaul, berada dalam satu unit politik
  • Pemerintah dari bangsa berlainan
  • Tiada kesedaran kebangsaan
  • Pembahagian ekonomi yang jelas antara kumpulan etnik
  • Pasar sebagai tempat berinteraksi.
  • Cenderung kepada konflik, perlu kuasa luar untuk mengawal keadaan
  • Setiap kumpulan mempunyai aturan sosial tersendiri, sebagai panduan hidup (budaya, adat resam dan sebangainya)
  • Masyarakat majmuk sebagai satu proses evolusi – kesan penjajahan & kapitalisme – membawa masuk org asing:
1. sebagai buruh – drp Cina, India
2. sebagai pelabur (kapitalis) – Eropah
Contoh kesan penjajahan & kapitalisme:
1. Tanah Melayu – jumlah penduduk Melayu hanya 25% keseluruhan penduduk
2. Fiji –  50% drp jumlah penduduk terdiri drp komuniti India
  • Wujud garisan-garisan pemisah yg memperkukuhkan (mutually reinforcing cleavages) BUKAN garisan-garisan silang-melintang (cross-cutting cleavages)

Huraian Lain
Kesimpulan daripada ciri ini :-
  • Kehendak sosial bersama tidak wujud kerana perbezaan aturan sosial komuniti-komuniti etnik
  • Bermakna tiada satu set nilai atau kehendak sebagai panduan hidup
  • menyebabkan ketegangan dan ketidakstabilan masyarakat
  • terdapatnya persaiangan dalam kuasa ekonomi dan politik
  • masyarakat majmuk dikawal bersama oleh kuasa luar iaitu penjajah
  • wujudnya garisan-garisan pemisah yang memperkukuhkan : agama, keturunan, bahasa, ras, budaya(ikatan primordial) dan kedudukan ekonomi serta pekerja
  • Dari aspek ekonomi, tiadanya kehendak sosial bersama (common social will) seperti masyarakat eropah.
  • Wujudnya kehendak persendirian iaitu dimana setiap komuniti mempunyai kehendak dan matlamat sendiri.
Read More...

PPSMI

PPSMI

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Taala kerana doa kita yang berjuang menuntut penghapusan PPSMI telah dimakbulkan olehNya.

Pengorbanan dan keberanian pejuang-pejuang kita yang sanggup meredah hujan gas pemedih mata dari pihak polis tidak sia-sia. Kita telah berjaya membuka mata mereka yang gah mengatakan PPSMI adalah baik bagi mereka.

Kita tidak pasti samada pembatalan PPSMI ini bagi memancing undi di Manek Urai, atau menutup mulut yang membantah atau mereka ikhlaS melakukannya. Persoalannya, kenapakah terlalu lama masa diambil untuk membatalkan dasar PPSMI ini hingga mencecah 3 tahun. Adakah ini bagi memberi peluang pihak tertentu membuat persediaan menamatkan projek mereka atau sebaliknya.

Kenapa tidak mereka membatalkannya serta merta bagi memudahkan pelajar-pelajar kita merasa lega dengan kaedah pembelajaran yang baru iaitu dalam bahasa ibunda masing-masing. Kenapa dahulu mereka kata dengan gah bahawa mereka telah menjalankan kajian terperinci dengan menilai implikasi yang bakal terjadi dalam menjalankan dasar PPSMI ini. Dan kenapa pula sekarang mereka sekali lagi mengatakan telah menjalankan kajian mendalam dan baru menemui kelemahan dasar ini.

Dari sini kita boleh menilai kelemahan yang ada didalam pentadbiran negara. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa sesuatu dasar yang ingin dijalankan pihak pimpinan dan pentadbiran negara tidak dikaji, dinilai, diselidiki dengan mendalam terlebih dahulu.

Perlu diingat bahawa, dalam melaksanakan sesuatu dasar, kajian perlu dijalankan dengan mendalam dan mengambil kira aspek luaran dan dalaman, awalan dan akhiran serta aspek-aspek kebarangkalian. Ini penting dan perlu diketahui oleh setiap pemimpin atau pembuat dasar. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup menggadai anak-anak kita di masa hadapan.

Bahasa Melayu perlu dimartabatkan sehingga keperingkat antarabangsa. Ini kerana Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang lemah dan mundur kerana masih tidak dapat dikenali oleh masyarakat antarabangsa berbanding bahasa Indonesia, Thailand, Jepun, Filipina dan sebagainya.

Contoh mudah yang dapat pengarang berikan disini adalah, syarikat internet gergasi antarabangsa iaitu Google masih tidak meletakkan tahap Bahasa Melayu setanding dengan bahasa Indonesia dan lain-lain bahasa. Anda pasti akan ketahui jika anda seorang blogger yang ingin meletakkan iklan di dalam blog anda dengan memohon dari google. Pihak Google tidak akan meluluskan permohonan anda jika blog anda menggunakan Bahasa Melayu berbanding bahasa Indonesia yang mudah diluluskan.

Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa melayu masih tidak berada ditahap antarabangsa. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa ibunda ini yang telah kita gunakan sejak berzaman.

Sekian Wallahualam..

Read More...

Teori Rasionalisme

Teori Rasionalisme

Teori Rasionalisme

Teori ini merupakan satu dasar yang sangat rasional yang mempunyai faedah yang maksimum. Faedah mestilah maksimum daripada kos. Dalam ertikata yang lain, dasar dianggap rasional jika ia memenuhi citarasa majoriti dan ia tidak memerlukan pengorbanan nilai yang dipegang.

Jika terdapat 3 pilihan, A, B atau C kerajaan perlu memilih yang mana satu mempunyai faedah yang paling banyak berbandingg dengan kos, tenaga, ,masa, siapa yang terlibat dan sebagainya. Rasionalisme - dasar awam merupakan pilihan yang rasional, iaitu yang dipilih selepas menimbangkan semua alternatif yang ada.

Read More...

Teori Kumpulan

Teori Kumpulan

Teori Kumpulan

Teori kumpulan melihat politik itu sebagai satu perjuangan antara kumpulan-kumpulan yang banyak di Malaysia. Tertumpu kepada interaksi di antara kumpulan-kumpulan yang ada di dalam sesuatu masyarakat. Dalam ertikata yang lain interaksi atau perbahalan di antara kumpulan-kumpulan adalah paksi proses politik.

Teori ini mengandaikan bahawa kesemua kumpulan sememangnya beraksi untuk mendapatkan kuasa, iaitu proses politik adalah persaingan kuasa di antara kumpulan-kumpulan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat.

Kumpulan yang mempunyai pengaruh yang lebih akan dapat mempengaruhi sesuatu dasar awam tersebut. Dasar awam akan dirangka seperti yang dikehendaki oleh kelompok yang berkepentingan. Di dalam proses perebutan kuasa ini, para pembuat undang-undang akan menjadi pengadil.

Read More...

Kebangkitan Mahasiswa

Kebangkitan Mahasiswa

Ape cite ni.. Mahasiswa dah berani ..

Haaa ni cite best.. mahasiswa UM duk bantah dan marah pada Rosmah Mansor, ape kenanye..

Ni sebabnye mahasiswa sendiri dah mengikuti perkembangan politik tanah air. Walaupun mereka sibuk dengan pemelajaran di Universiti, itu tidak bermakna mereka tidak ada masa untuk mencari maklumat atau informasi dan situasi terkini politik tanah air. Mereka berhak untuk bersuara dan bergiat aktif dalam politik kerana merekalah pelapis yang bakal mewarisi negara kita ni.

Mahasiswa merasa mereka perlu bertindak bagi memastikan negara yang tercinta ini tidak berada ditahap kritikal berdasarkan perkembangan politik yang berlaku sekarang. Mahasiswa sedemikian pasti merasakan mereka perlu bertindak bagi memastikan suara mereka didengar dan bantahan mereka serta kehendak mereka adalah sangat ketara.

Nampak gayanya, Isteri Perdana menteri kita tak disukai sesetengah mahasiswa. Ini sudah pasti menambahkan rasa ingin tahun golongan mahasiswa terhadap apa yang berlaku.

Orang ramai khususnya orang umno yang buat-buat tak tahu perlu peka perkara ini. Mereka perlu ingat bahawa sudah ramai rakyat Malaysia yang sedar dengan perkembangan semasa. Jika mereka tidak sedar sekarang, skit ari lagi mereka ni bakal jadi pembangkang pula.

Gelombang kebangkitan dan perubahan sedang berlaku di Malaysia. Silap-silap, pilihanraya umum akan datang, semenanjung Malaysia adalah Semenanjung Pekatan Rakyat. Maka UMNO dan BN hanya mengharapkan sokongan Sabah dan Sarawak sahaja.

Mereka perlu dihalau pulang ke Sabah dan Serawak. Jangan duk sibuk duk dalam semenanjung. Semak je kite tenguk

Apa-apa pun Lu Pikir La Sendiri ek

Read More...

Melaka oh Melaka

Melaka oh Melaka

Melaka oh Melaka, negeri kelahiranku..

Alhamdulillah, pengarang berpuas hati dengan negeri Melaka tempat lahirku. Melaka kini berbeza dengan Melaka dahulu. Boleh dikatakan negeri yang maju dengan pesat dan memberansangkan.

Terima Kasih buat Ketua Menteri Melaka Ali Rustam. Terima Kasih juga kepada Ali Rustam kerana dalam kemajuan yang dibina di Melaka, rata-rata kemajuan yang dibina mempunyai unsur yang lebih kepada gejala sosial dan hiburan semata-mata.

Makin bertambah buruklah gejala sosial di melaka kerana mereka terlalu terdedah kepada unsur hiburan. Patutlah melaka susah nak ditembusi PAS kerana ramai sangat yang keras hati dek kerana hiburan berlebihan ini.

Kalau anda berkunjung ke Melaka, anda tidak perlu takut keluar malam, sebab malam dah macam siang. Waktu malam anak-anak muda dan remaja boleh dilihat di merata-rata berkeliaran sambil berpasang-pasangan tanpa segan silu. Mak Bapak mereka juga seolah-olah tidak ambil peduli apa yang dilakukan anak mereka.

Pusat hiburan juga telah semakin banyak di Melaka. Kelab-kelab malam dibuka semakin melampaui masa yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan. Ada diantara kelab malam yang rata-rata pengunjungnya dari orang melayu yang beragama Islam. Apa sudah jadi dengan negeri Melaka. Tidakkah Ketua Menteri mereka takut dengan hukum tuhan kerana membiarkan perkara-perkara sebegini semakin parah.

Pengarang sendiri rasa pelik kenapakah Melaka makin panas cuacanya. Ingat-ingat lah, ini mungkin amaran tuhan. Sedar lah wahai rakan-rakanku.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi maksiat.....

Read More...

DEFINISI INSTITUSI POLITIK

DEFINISI INSTITUSI POLITIK

DEFINISI INSTITUSI POLITIK

Istilah institusi berasal daripada perkataan Latin, instituere yang membawa maksud sesuatu yang diwujudkan atau ditubuhkan. Ini bermaksud bahawa institusi adalah satu corak kegiatan atau aktiviti manusia yang wujud dan berterusan. Istilah ini begitu popular di kalangan sarjana sains politik, kerana institusi menjadi pusat kepada segala tindak tanduk manusia. Fahaman mengenai institusi dipelopori oleh ahli sosiologi. Walau bagaimanapun istilah ini diubahsuai dan digunakan oleh ahli sains politik untuk menjelaskan kegiatan politik.

Institusi politik wujud daripada proses-proses sosial terutamanya yang cuba mengatur susunan masyarakat. Sekaligus ini menggambarkan bahawa kepentingan kumpulan-kumpulan manusia tertentu sentiasa dijaga dan dipertahankan oleh mereka melalui proses penyertaan dan penglibatan politik. Institusi politik bukan sahaja mencorakkan tingkahlaku pemegang kuasa tetapi ia juga mempengaruhi bagaimana organisasi sosial dapat berinteraksi serta dapat bertindak mempertahankan kepentingan mereka.

Dalam sesuatu sistem pemerintahan terdapat tiga institusi politik yang utama iaitu Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menafikan kewujudan institusi politik lain yang juga memainkan peranan dalam perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Antaranya ialah parti politik, birokrasi, tentera, kumpulan pendesak, kumpulan bersekepentingan dan lain-lainnnya.

Read More...

Faktor Psikologikal Penyebab Penderaan Kanak-Kanak

Faktor Psikologikal Penyebab Penderaan Kanak-Kanak

Teori Psikologikal

Teori psikologikal adalah teori yang menggunakan proses-proses dan struktur-struktur mental dan personality seseorang untuk menerangkan kelakuan devian. Teori-teori psikologikal banyak membina skel-skel personality untuk mengkaji bagaimana manusia membentuk corak-corak personaliti yang tertentu dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi sebagai contoh personality yang agresif, peramah dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi tingkahlaku dalam keadaan social tertentu.

Faktor Teori Psikologikal Ibu Bapa


Pertengkaran

Ini bermaksud bahawa, ibu bapa yang menghadapi tekanan samada di tempat kerja, pertengkaran suami-isteri, dan sebagainya akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsa melepaskan geram. Menurut kajian saintifik terhadap otak manusia, apabila seseorang itu tertekan terhadap situasi atau masalah yang dihadapi, maka otak mereka tidak akan dapat berfungsi dengan baik, maka dengan itulah segala tindakan yang dilakukan adalah berunsur memberontak. Ini menunjukkan satu teori psikologikal telah terlibat.

Masalah Kewangan

Tekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa juga sebagai salah satu factor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut. Mereka sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna.Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang. Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh. Perkara yang perlu difikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi untuk masa depan yang masih panjang.

Masalah Rumahtangga

Penderaan anak-anak lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.

Masalah Penagihan Dadah dan Arak

Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa.

Faktor Teori Psikologikal Pelaku Devian Jenayah

Kurang Didikan Agama

Terdapat segelintir individu luar selain ibu-bapa yang mendera kanak-kanak tidak mempunyai didikan agama. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat ini, mereka seperti tidak ada haluan hidup. Tindakan devian yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini dianggap seperti tidak mempunyai pembalasan yang akan di perolehi. Jika seseorang itu mempunyai didikan agama, mereka pasti akan memikirkan bahawa kelakuan atau tindakan mendera kanak-kanak ini adalah satu kesalahan besar di dalam agama mereka. Dalam agama Islam sendiri melarang umatnya berlaku kejam dan tidak adil terhadap umat yang lain.

Gagal Mengawal Nafsu Seks

Kegagalan mengawal nafsu seks adalah punca utama berlakunya penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan individu pelaku devian ini. Di Malaysia, banyak kes yang telah timbul dan yang terbaru dan masih diperkatakan adalah kes Nurin Jazimin dimana, kanak-kanak ini telah mengalami penderaan seksual, penderaan fizikal, bahkan telah dibunuh dan disumbat di dalam beg sukan dan diletakkan di sebuah pasaraya. Ini menunjukkan bahawa pelaku devian ini tidak mempunyai yang waras, tidak dapat berfikir dan seolah-olah otak mereka telah beku.

Faktor Membalas Dendam

Dari sudut factor membalas dendam ini, ia tidak kurang peranannya. Dalam factor ini, pelaku devian ini melakukan tindakan penderaan seksual terhadap kanak-kanak akibat daripada rasa dendam terhadap bekas kekasih. Kemungkinan pelaku devian pernah dikecewakan oleh kekasih mereka. Akibat tekanan yang dialami, mereka menyimpan dendam dan bagi melepaskan geram tersebut, kanak-kanak perempuan yang biasanya menjadi sasaran mereka. Mereka seolah-olah akan merasa puas dengan melakukan tidakan sedemikian.

Faktor Ibu dan Ayah Tiri

Faktor ini adalah salah satu factor yang boleh dikatakan juga popular dalam berlakunya penderaan kanak-kanak. Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akan berkahwin lain. Maka ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak ini tidak berlaku sewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada di rumah. Ayah atau ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini sewaktu ibu atau ayah mereka tiada. Jika di depan, dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut. Pada kebiasaan nya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal dan penderaan yang dilakukan ayah tiri bersifat fizikal dan seksual.

Masalah Penagihan Dadah dan Arak

Faktor penagihan dadah oleh individu bukan ibu bapa juga yang menjurus berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. Perkara ini boleh berlaku akibat daripada ketidakwarasan individu tersebut setelah mengambil dadah atau arak. Islam sendiri telah mengharamkan pengambilan dadah dan arak ini. Ini kerana arak dan dadah adalah memabuk dan menghayalkan. Individu yang menggunakannya tidak akan dapat menggunakan otak mereka dengan baik. Maka mereka akan bertindak di luar batasan atau mungkin lebih kepada batasan kemanusiaan. Salah satu kes yang pernah kita dengar di Malaysia dimana seorang pengawal keselamatan memperkosa seorang kanak-kanak di pondok kawalannya. Hasil siasatan mendapati bahawa pengawal keselamatan tersebut dibawah pengaruh Arak.

Kurang Perhatian Dari Ibu Bapa

Banyak juga perlakunya penderaan kanak-kanak adalah akibat daripada kurangnya perhatian ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ada ibu bapa yang tidak menjaga anak mereka dengan baik. Sepatutnya ibu bapa perlu prihatin dan perlu mengetahui bahawa kanak-kanak akalnya belum berkembang. Jika kanak-kanak yang hiper aktif, mereka seolah-olah tidak kisah dengan siapa mereka bersama. Oleh itu kanak-kanak ini akan terdedah kepada penculikan oleh individu yang mengambil kesempatan. Contoh yang sama juga boleh kita tinjau terhadap kes Nurin Jazimin. Kanak-kanak ini boleh dibiarkan ibu bapa mereka pergi ke pasar bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa yang melakukan perkara sedemikian seolah-olah tidak menggunakan akal mereka dengan baik. Mereka terlalu sibuk dengan kegiatan mereka sendiri sehingga mengabaikan anak-anak mereka.

Faktor Pendidikan Rendah

Pada aspek pendidikan rendah, factor ini meliputi pencapaikan pelaku devian yang berpendidikan rendah. Individu yang melakukan kesalahan ini pada kebiasaannya melakukan jenayah akibat daripada tekanan hidup. Mereka pada permulaannya akan menculik kanak-kanak ini bagi menjadikan tebusan demi mendapatkan kekayaan dengan mudah. Namun apabila ibu bapa melaporkan kepada polis dan pihak polis telah memulakan menjejaki kanak-kanak ini, maka individu tersebut mungkin berasa marah lalu melakukan perkara di luar batas kemanusia seperti mendera kanak-kanak tersebut secara fizikal dan seksual.

Jumlah pendapatan pelaku

Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.

Faktor Pengaruh Kisah Silam

Terdapat juga penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh individu yang mengalami tekanan emosi akibat kenangan silam dimana semasa mereka kecil, mereka juga pernah didera. Maka mereka terbawak-bawak perkara tersebut sehingga mengakibatkan mereka melakukan penderaan kepada kanak-kanak lain.

Penderaan Yang Dilakukan Pengasuh

Penderaan juga boleh berlaku dimana-mana termasuh di pusat asuhan kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak yang mereka tidak pasti latar belakangnya. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sebelum ibu bapa menghantar anak-anak mereka, mereka perlu menitik beratkan latar belakang tempat yang hendak dihantar dan latar belakang pengasuhnya. Apabila berlaku penderaan anak mereka barulah mereka mula sedar betapa silapnya cara mereka yang tidak terlalu mengambil endah perkara tersebut.

Masalah Psikologi Tidak Menonjol

Mengikut kajian luar negara juga berdasarkan kes-kes penderaan seksual yang wujud, kadang kala individu yang mendera kanak-kanak secara seksual ini luarannya sangat normal. seperti kes-kes yang berlaku di luar negara, yang paling tekenal adalah kes Natascha, gadis yang diculik ketika berusia 10 tahun dan dikurung sehingga 8 tahun sebelum berjaya membebaskan diri dari cengkaman penculiknya. salah satu faktor yang menyebabkan penculik atau pendera ini gagal dikesan kerana dia seorang yang normal pada lahiriahnya dan memiliki rekod bersih, baik kepada jiran tetangga tetapi agak suka menyendiri. barangkali ini juga faktor penyebab pembunuh Nurin Jazimin gagal dikesan, kerana pelaku devian tersebut tidak berada dalam senarai suspek polis mahupun rekod jenayah.

Read More...

UMNO dan BN diambang kehancuran

UMNO dan BN diambang kehancuran

UMNO serta BN dan kuncu-kuncu yang meletakkan batu jemala di kepala mereka bakal menimpa hingga membuatkan mereka tidak sedarkan diri. Akhir-akhir ini batu jemala yang di tatang sedang menanti menghantuk kepala mereka.

Namun dalam keadaan kritikal mereka masih cuba meletakkan penyokong dengan melempar batu-batu kecil ke arah pembangkang khususnya PAS. Batu-batu kecil ini serba sedikit terkena ke arah yang dituju dan menampakkan cedera yang boleh dilihat tapi boleh diubati.

PAS yang masih gagah perlu peka dalam menepis batu-batuan kecil yang datang kearahnya. Dengan kesepakatan yang ada di dalam kumpulan PAS perlu sama-sama memerhati dan menilai batuan tersebut. Bukan emas yang dilempar tapi batuan padu yang menyakitkan.

Emas itu hanya wujud di dalam PAS itu sendiri. Tidak ada umat yang sesukahati dan dengan ikhlas hati akan melempar emas. Gila namanya tu.

Itulah yang dapat digambarkan berdasarkan situasi yang sedang berlaku sekarang dimana UMNO dan BN yang sedang nazak menggunakan seberapa upaya yang mungkin cuba untuk menjatuh dan meretak memecah menghancur meleburkan PAS dan Pakatan Rakyat yang sedang sedia kukuh.

Pimpinan tertinggi PAS perlu peka dengan isu ini. Janganlah diulang-ulang tentang isu Perpaduan ini. Bebuluuuuuu rasanya telinga. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah sekian lama menjadi mentor PAS telahpun mengamuk. Apa lagi yang si Nasaruddin nak. Tak reti-reti lagi ke.

Wahai Ustaz Nasaruddin, tidakkah kamu kenal Tuan Guru Nik Aziz itu atau kamu sengaja membutakan mata, memekakkan telinga, membisukan lidah, membongkakkan diri, menggilai sesuatu yang tak pasti.

Jika Tuan ampunya diri bernama Nasaruddin yang masih mahukan Perpaduan, Silalah perpaduankan dirimu keluar dari PAS. Jangan tunggu sampai ada yang membaling kasut kemukamu wahai Ustaz. Kelak jatuh martabat dan airmukamu.

Ini bukan marah.. tapi nasihat

Read More...

Definisi Pilihanraya

Definisi Pilihanraya

Pilihanraya sering dikaitkan dengan teori dan amalan demokrasi liberal di mana ianya merupakan salah satu saluran penglibatan politik. Pilihanraya boleh didefinasikan sebagai :

”proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang-undang.”

Dalam ertikata lain, pilihanraya ialah proses penglibatan rakyat dalam memilih wakil mereka untuk memegang mandat kuasa bagi membuat keputusan, membentuk dasar dan undang-undang mengikut kehendak masyarakat majoriti. Pilihanraya juga dilaksanakan di berbagai peringkat iaitu di peringkat daerah, wilayah dan nasional.

Dalam pilihanraya di bawah sistem Parlimen seperti di Malaysia, ianya bertujuan untuk memilih kerajaan kabinet iaitu memilih ahli-ahli eksekutif atau ahli Parlimen di peringkat persekutuan dan ahli-ahli wakil rakyat di peringkat negeri.

Read More...

Teori Kumpulan

Teori Kumpulan

Teori Kumpulan

Teori kumpulan melihat politik itu sebagai satu perjuangan antara kumpulan-kumpulan yang banyak di Malaysia. Tertumpu kepada interaksi di antara kumpulan-kumpulan yang ada di dalam sesuatu masyarakat. Dalam ertikata yang lain interaksi atau perbahalan di antara kumpulan-kumpulan adalah paksi proses politik.

Teori ini mengandaikan bahawa kesemua kumpulan sememangnya beraksi untuk mendapatkan kuasa, iaitu proses politik adalah persaingan kuasa di antara kumpulan-kumpulan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat.

Kumpulan yang mempunyai pengaruh yang lebih akan dapat mempengaruhi sesuatu dasar awam tersebut. Dasar awam akan dirangka seperti yang dikehendaki oleh kelompok yang berkepentingan. Didalam proses perebutan kuasa ini, para pembuat undang-undang akan menjadi pengadil.

Read More...

Dasar Awam

Dasar Awam

Dasar Awam

Dasar awam boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai maksud dan pengertian. Secara literalnya, dasar awam ialah apa juga projek, program atau rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. Dasar Awam boleh didefinisikan antaranya, sebagai apa sahaja pemilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu. (Dye, 1984).

Menurut (Ahmad Atory Hussain: 1990;1) pula Dasar Awam itu ialah progam atau projek yang dirancang oleh kerajaan yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Dasar awam ialah sesuatu pilihan utama yang dibuat oleh seseorang individu atau sekumpulan individu bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau menggariskan sesuatu tindakan sama ada yang nyata atau bertujuan (Prestus, 1975)

Mengikut kamus Inggeris Oxford, Dasar Awam itu memberi maksud tindakan,keputusan dan peraturan badan-badan awam yang terdiri daripada ketua Negara, ahli politik dan pentadbir kerajaan. Oleh yang demikian terdapat satu identiti linguistic di antara orang awam dan dasar (English Oxford Dictionary, 1971)

Menurut Kamus Dewan (1970 hlm 218): Dasar ialah asas, teras, panduan (pendapat, falsafah, aturan dll). Dasar mempunyai tujuan, matlamat, fungsi, tugas, demi kebaikan dan kepentingan sesuatu institusi(jabatan/agensi/lembaga). Awam pula menurut Kamus Dewan (hlm48) pula memberi makna am, umum, orang biasa. Oleh itu, Dasar Awam ialah teras, panduan atau matlamat am bagi orang awam atau rakyat demi kepentingan masyarakat umumnya. Ia mempunyai ciri kebajikan, semoga rakyatnya hidup selesa, aman dan tenteram, selamat dan sejahtera dengan semangat bekerjasama, bersatu padu dan muhibah di negara yang unik ini seperti Malaysia.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati dasar awam telah diterangkan secara bergilir-gilir sebagai satu keputusan dalam bentuk pilihan dan penyelesaian kepada masalah; satu matlamat atau objektif; serangkaian program; suatu peruntukan; undang-undang atau pun peraturan. Secara kesimpulannya kita boleh menyatakan dasar awam sebagai apa sahaja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Secara umumnya setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan pastinya mempunyai objektif, matlamat dan tujuan untuk dijadikan sebagai panduan umum dalam mengatasi masalah sesebuah negara. Pendek kata matlamat dasar mestilah jelas dan merupakan jalan penyelesaian terhadap sebahagian besar masalah rakyat ataupun kumpulan sasaran dasar tersebut. Contoh-contoh Dasar Awam di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wanita Negara, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Persyarikatan, Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi.

Read More...

Jenis-jenis Dasar Awam

Jenis-jenis Dasar Awam

Mengikut Chandler (1983) Dasar Awam dapat dikelaskan kepada empat jenis iaitu :

1. Dasar berbentuk peraturan (regulatory policy)

Dasar ini menentukan peraturan-peraturan atau tatacara untuk mentadbirkan aktiviti organisasi awam dan swasta serta orang perseorangan. Perkara asas dalam dasar jenis ini ialah penggubahan undang-undang dimana undang-undang akan dijelaskan. Contohnya : Akta Dadah Merbahaya. Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan.

2. Dasar agihan semula (redistributive policy)

Dasar ini bertujuan memberikan persamaan daripada faedah yang tersedia atau memindahkan faedah/ sumber yang sedia ada dalam negara atau pun memindahkan punca-punca keluaran negara dari setengah kumpulan kepada kumpulan yang lain. Contohnya : percukaian dan pemberian subsidi.

3. Dasar agihan (distribute policy)

Dasar ini memberi tumpuan pada peluang sama rata kepada semua rakyat untuk menikmati kekayaan negara, di samping merapatkan jurang perbezaan milikan sumber negara antara rakyat. (contohnya Dasar Ekonomi Baru)

4. Dasar keselamatan (security policy)

Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan rakyat serta keadaan yang damai dalam negara. Ia juga melibatkan dasar luar negara dalam menjaga keutuhan wilayah dan kedaulatan negara. Dasar sedemikian tidak tertumpu pada individu atau organisasi tertentu, sebaliknya ia adalah demi kepentingan negara secara keseluruhannya. Contohnya Dasar Luar Negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ZOPFAN.

Read More...

Harga Insuran Kereta Yang Tinggi

Harga Insuran Kereta Yang Tinggi

Berdasarkan tajuk yang pengarang ketengahkan kali ini, sudah pasti sejak akhir-akhir ini seluruh rakyat Malaysia mengeluh dengan kenaikan harga insuran kenderaan yang tinggi. Kenapakah ini berlaku?

Sepatutnya pihak kerajaan dan pemimpin perlu prihatin dalam membantu rakyat yang semakin dihimpit dengan permasalahan kemerosotan ekonomi yang ada diantaranya diberhentikan kerja dan tidak kurangnya yang perniagaan mereka semakin merosot.

Kenaikan harga insuran di Malaysia kini seolah-olah tidak dapat dibendung atau mungkin sengaja tidak dibendung demi mengisi poket dan perut pihak yang berkepentingan. Jika roadtax diturunkan kononnya demi membantu rakyat, tetapi bangaimana pula insuran yang melambung naik harganya. Tidakkah ini lebih membantutkan usaha membantu rakyat.

Yang terbaru pula pengarang dengar, insuran tidak akan ada third party, yang ada hanya first party. Ewah ewah ewah.. makin melampau la pulak syarikat-syarikat insuran ni. Mereka pikir diri sendiri je, dah la ekonomi merosot, nak pulak keluar duit beratus-ratus semata-mata nak membayar insuran kereta dan motor. Anak bini kita nak makan apa??

Makin hari makin melampau. Mereka fikir, insuran tu sudah sememangnya wajib mereka boleh sesuka hati naikkan harga. Kadang-kadang bila kita mengeluh macam ni mereka kata tak payahlah pakai kereta atau motor, naik je bas. Kalau orang macamni cakap kat kita, apa kita nak buat?? Jawapannya senang aje, katakan pada dia kita jumpa di padang mahsyar. mesti tak boleh lawan punya.

Ada pulak kesnya syarikat insuran tak mahu buka insyuran kereta yang umurnya 20 tahun keatas. Pelik memang pelik

Ini boleh dikatakan percaturan pihak pimpinan negara dan kerajaan yang beri rebet pada kenderaan yang lama rm5ribu untuk kereta baru. Ini dilakukan bagi melariskan kenderaan negara iaitu proton dan perodua. Ia dilakukan demi menyelamatkan proton dan perodua dari mengalami kerugian akibat daripadan kekurangan jualan dari tahun ke tahun.

Kalau nak selamatkan syarikat kereta negara janganlah pula mengorbankan rakyat yang semakin dihimpit kemerosotan ekonomi yang semakin buruk.

Wahai pemimpin-pemimpin ku.. Ingatlah bahawa kamu diundi bukan untuk menyeksa rakyat tetapi untuk membantu rakyat.

Nampak gayanya kita kena sama-sama menukar kerajaan yang sedia ada sekarang. Kita kena cuba undi untuk pembangkang pula, kita lihat prestasi mereka bagaimana. Jika sama aje, takda perubahannya, pandai-pandailah anda semua.

Semoga negara kita semakin makmur dan sejahtera dan dirahmati Allah. Amin...

Read More...

DEMOKRASI DI MALAYSIA BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN

DEMOKRASI DI MALAYSIA BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN

DEMOKRASI DI MALAYSIA BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN

Malaysia adalah sebuah Negara bangsa yang membangun atau digelar negara Dunia ke 3. Malaysia adalah Negara yang terbentuk selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Secara Majoriti suku kaum yang terkandung di dalam Negara Malaysia adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan agama, kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka paradigma politik negara-bangsa Malaysia baru.Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu bentuk system politik yang popular diamalkan oleh Negara-negara yang mempraktikkan system demokrasi.

Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat. Sebuah Negara yang demokratik yang berpelembagaan dan berdaulat, mendukungi keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem yang menjamin hak rakyat. Dalam konteks Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara yang demokratik. walaupun pemimpin menganggap mereka mengamalkan Negara yang demokratik tetapi menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali.

Demokrasi di Malaysia tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Walaupun dengan lantang pihak pemimpin atasan mahupun bawahan mempertahankan yang mereka mengamalkan demokrasi, malang sekali ia boleh dijustifikasikan.

Ini jelas kerana terdapat sesetengah sarjana sains politik menamakan jenis demokrasi seperti di Malaysia sebagai “Quasi-Democracy or Pseudo-Democracy” iaitu “Separa Demokrasi” atau “Demokrasi Palsu” (Wiliam Case 2004, Zakaria Ahmad 1989) atas sebab pelbagai amalan undang-undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya berkala dan meraikan institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya.

Kerajaan Malaysia melaung-laungkan bahawa mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar, tetapi berdasarkan erti dan konsep-konsep demokrasi yang diketengahkan ahli-ahli sarjana dan di dalam erti kata sebenar juga menunjukkan bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar. Terdapat pelbagai factor yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah Negara yang tidak demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa Malaysia hanya mengamalkan semi-demokrasi. Diantara perkara-perkara yang boleh menjustifikasikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi ialah tiada kebebasan sepenuhnya di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia :-

Kebebasan Bersuara

Kebebasan, semula jadi sebenarnya asas yang paling penting untuk menegakkan demokrasi. Aspek utama dalam kerajaan berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minority. Adalah tidak adil sama sekali jika golongan majority yang menguasai kerajaan mendenda golongan minority dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu. Oleh itu semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan kepada pemerintah agar tidak menjejaskan hak asasi golongan minority.

Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah dalam pengamalan demokrasi. Terdapat banyak kebebasan rakyat di Malaysia telah di bataskan, lebih-lebih lagi kebebasan bersuara dan memberi pendapat kepada pihak atasan. Hak-hak asasi manusia global seperti hak-hak bersuara, dalam mencapai ‘demokrasi permuafakatan’ dengan berkumpul dan mendirikan persatuan, disamping ‘rule of law’ sering mewarnai perjuangan di Malaysia.

Dengan gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka mengetepikan sentimen perkauman dengan bekerjasama tanpa mengira kaum, jantina, mahupun agama. Ini menunjukkan rakyat menginginkan sesuatu yang meraka rasakan perlu.

Jika Malaysia Negara yang demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya memberikan permit kepada rakyat yang ingin mengadakan perhimpunan. Mereka sekadar ingin menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mereka sekadar menggunakan suara, sepanduk sepanduk dan sebagainya bagi mendesak kerajaan. Kerajaan sepatutnya lebih terbuka dengan perkara ini.

Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam menangani isu ini. Yang lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan demonstrasi disekat sama sekali dengan menggunakan kuasa yang mereka ada dan mengarahkan pihak polis menyuraikan. Pihak polis pula menyuraikan dengan tembakan air asid dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan ketidakadilan berlaku kepada rakyat.

Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal pasti bbaru-baru ini dimana pada 10 september gabungan rakyat yang memakai pakaian serba kuning yang digelar gabungan BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan pilihanraya yang bersih. Mereka berasa bahawa pilihanraya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan tertentu.

Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun perhimpunan tersebut tetap berlansung dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang berarak. Tidakkah terbuka mata pemimpin melihat kehendak rakyat tersebut.

Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini kerana pihak polis telah bertindak menangkap terhadap peguam-peguam yang mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan tersebut lebih mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan.

Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967 yang perlu memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan berhimpun di dalam Negara yang melaksanakan demokrasi ini. Ini menampakkan seolah-olah Malaysia adalah Negara polis, kerana kuasa polis amat luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. Di manakah demokrasi yang dicanang oleh pihak pemimpin.

Kebebasan Media Massa.

Media Massa samada media elektronik ataupun media cetak adalah satu sistem komunikasi atau sistem yang digunakan oleh setiap Negara bagi maklumat-maklumat yang meliputi semua perkara. Setiap Negara yang mengamalkan demokrasi perlu memberikan hak kepada mana-mana individu mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi memberikan maklumat yang mereka ada.

Namun di Malaysia, kebebasan media massa telah disekat sama sekali. Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan telah memonopoli sama sekali media massa ini. Memonopi media disini bermaksud, pencabulan hak asasi yang dilaksanakan parti yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka perolehi mereka memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan elektronik. Sesebuah Negara yang mereka katakan demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik adalah dibenarkan. Tetapi ia berlaku sebaliknya.

Kerajaan telah menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk mendapatkan lessen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa dan selera untuk menggantung lesen itu seandainya muncul berita yang tidak menyenangkannya. Kerajaan mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara parti politik pembangkang menyibarkan maklumat mereka. Kerana itu, parti pembangkang hanya dibenarkan menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja.

Setiap hari di media cetak dan elektronik, hanya terpampang tentang kebaikan parti pemerintah dan keburukan parti pembangkang. Hanya orang yang tak cukup akal sahaja yang boleh menerimanya. Orang-orang yang tak cukup akal inilah yang tergolong dalam masyarakat yang berfikiran sempit dan terlalu lama duduk di dalam kepompongnya sendiri.

Walaupun pihak pembangkang tidak dapat menggunakan media seperti parti pemerintah, tetapi pihak pembangkang telah menggunakan pendekatan dengan melancarkan Akhbar mereka sendiri iaitu Harakah. Pada peringkat permulaannya, Harakah dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di halang penjualannya oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan pembelian Harakah oleh masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat mempengaruhi rakyat, maka pihak kerajaan telah menggunakan akta penerbitan dan percetakan sehingga Harakah hanya boleh dijual 2 kali dalam seminggu. Itu pun tidak dapat menghalang kebimbangan mereka setelah kerajaan mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh dikeluar 2 kali dalam sebulan. Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara.

Pihak pembangkang juga terpaksa mengadakan ceramah-cerama bagi memudahkan komunikasi mereka dengan rakyat, namun ceramah-ceramah mereka juga disekat. Pihak pemerintah tidak memberikan permit. Di manakah demokrasi yang diperkatakan.

Sistem Kehakiman

Kita juga dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi bahan ketawa orang ramai manakala pihak polis juga telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dari rakyat jelata . Institusi ini yang sepatutnya memperlindungi rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya kecundang dan menjadi penyelamat kepada pemerintah yang semakin gelisah akan kehilangan kuasa.

Contoh yang amat ketara dan terbaru dimana terbongkarnya sistem kehakiman yang pincang dimana seorang peguam telah mengadakan perbualan dengan seorang hakim dalam percaturan kehakiman di mahkamah. Ia adalah satu perkara yang amat memalukan bagi kerajaan yang sentiasa mengatakan mereka mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam sistem kehakiman. Namun yang menjadi persoalannya, pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat perasuah tetapi sebaliknya berlaku dimana BPR hanya menyiasat pelapornya sahaja.

Menganaktirikan Negeri Yang Ditawan Parti Pembangkang

Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan Negeri yang pernah ditawan parti pembangkang ini adalah kawasan atau negeri yang dimenangi oleh pihak berhaluan kiri atau pihak pembangkang. Apa yang hendak ditekankan disini adalah, Pihak kerajaan telah menganaktirikan negeri yang dimenangi pembangkang dengan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan pembangunan. Pihak kerajaan yang diwakili parti pemerintah juga cuba menakut-nakutkan pelabur tempatan supaya tidak membuat pembangunan di negeri yang ditakluki parti pembangkang.

Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada umum bahawa, parti pembangkang tidak berjaya dan tidak mampu membangunkan negeri mereka, justeru alasan-alasan ini juga digunakan bagi membuat contoh kepada umum tentang betapa daifnya negeri yang dimenangi pihak pembangkang. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya memperlakukan perkara sedemikian. Walaupun negeri tersebut dimenangi pembangkang, pihak kerajaan wajib memberi peruntukan yang sepatutnya dalam memajukan negeri tersebut.

Kongkongan Terhadap Pekerja Sektor Awam

Ketidakadilan juga berlaku apabila pihak kerajaan atau parti pemerintah seolah-olah menakut-nakutkan dan seolah-olah mengugut rakyat yang bekerja di sector Awam. Hak rakyat untuk mengundi dengan telus juga tidak mencapai target kerana kebimbangan rakyat oleh kerana pelbagai undang-undang keras dan penindasan oleh kerajaan terus menimbulkan rasa takut. Rakyat berasa bimbang pekerjaan mereka akan terjejas jika mengundi dengan telus.

Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku di Negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ini menampakkan seoalah-olah pihak kerajaan tidak professional dalam menjalankan pilihanraya yang telus dan adil.

Tempoh Berkempen Dalam Pilihanraya

Dalam melaksanakan pilihanraya yang telus, kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada semua pihak dalam mengadakan kempen dengan baik. Tetapi di Malaysia jika dahulu kerajaan menetapkan tempoh kempen selama 30 hari, tetapi pada pilihanraya tahun 2004, tempoh kempen yang dibenarkan hanyalah 8 hari. Kalau begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita hendak meraikan proses demokrasi setiap empat tahun sekali.

Suruhanjaya Pilihanraya

Suruhanjaya Pilihanraya adalah satu badan yang bebas dalam mengadili pilihanraya di Malaysia. Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak kepincang yang berlaku diantaranya terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa pilihanraya 2004, wujudnya nama-nama pengundi yang telah meninggal dunia dan terdapat orang yang meninggal dunia pergi mengundi. Sungguh ajaib.

Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR. Apakah yang dilakukan pihak SPR selama 4 tahun sebelum bermula pilihanraya pada 2004 tersebut. Adakah seminggu nak pilihanraya baru nak buat kerja. Siapa pula pengundi-pengundi yang menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia. Barangkali inilah yang dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti pembangkang selama ini.

Pembahagian Kekayaan Negara

Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata merupakan suatu cirri yang lebih ideal daripada hakiki. Terdapat pelbagai persamaan dalam undang-undang, persamaan peluang, persamaan dalam pemilikan kekayaan Negara, persamaan kelakuan dan sebagainya.

Pembahagian kekayaan Negara hendaklah diuruskan dengan sama rata. Namun di Malaysia, jurang antara yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana. Sejajar dengan sistem demokrasi, permintaan ke atas kebebasan rakyat bertambah tetapi kebebasaan itu disalah gunakan untuk melakukan keganasaan. Yang lebih mendukacitakan, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya sebenarnya tidak mampu untuk mengatasi masalah rakyat.

Dasar kerajaan dalam memberi kekayaan sama rata kepada rakyat telah tidak menampakkan hasil apabila berlakunya kebangkitan kaum India baru-baru ini yang menuntut agar mereka tidak disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan Demokrasi, kekayaan Negara perlu diagihkan dengan sebijak-bijaknya. Ini berlaku sebaliknya.

Di Malaysia kita boleh Nampak dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan kerajaan seolah-olah membolot harta kekayaan Negara untuk diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat dengan kewujudan asset-aset mereka yang disembunyikan, rumah-rumah besar dan banyak lagi. Sepatutnya pihak-pihak atasan perlu mengumumkan kekayaan mereka agar tidak berlakunya penyelewengan yang berleluasa.

Penyelewengan harta kekayaan Negara juga dapat dilihat apabila negiri yang dikatakan kaya dengan minyak tetapi negerinya mempunyai peratus rakyat miskin yang tertinggi di Malaysia iaitu Terengganu. Dimanakah kekayaan negeri ini digunakan. Adakah untuk pemimpin-pemimpin atasan yang gila kuasa. Fikirkanlah dengan rasional.

Tindakan Ganas Polis

Salah satu lagi aspek yang mempengaruhi perjuangan memartabatkan hak asasi manusia di dalam Negara yang kononya mengamalkan Demokrasi adalah berpunca apabila Anwar Ibrahim di pukul di dalam tahanan. Kesan lebam di mata Anwar Ibrahim yang jelas mendapat liputan meluas dari media cetak dan media elektronik samaada dari dalam atau luar negeri membangkitkan kemarahan banyak pihak. Pihak polis di anggap terlalu kejam dengan melakukan perkara tersebut kepada orang yang pernah menjadi orang kedua berpengaruh di dalam Negara. Ini salah satu aspek berlakunya rombakan besar-besaran di dalam pembangunan politik di Malaysia pada tahun 1999 sehingga mengurangkan undi BN. Akibat dari itu, rata-rata rakyat menginginkan campurtangan raja-raja melayu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Diraja sehingga tertangkapnya Tan Sri Rahim Nor.

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Setiap Negara yang demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam menjalankan pemantauan terhadap segala apa yang berlaku di dalam sistem demokrasi tersebut. Namun di Malaysia, NGO seolah-olah tidak diambil peduli lansung oleh pihak kerajaan. Banyak persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan NGO seolah-olah tidak ada maknanya. Pihak kerajaan seolah-olah meletakkan NGO sebagai sebuah badan yang mengganggu kerja mereka, maka mereka tidak akan mempedulikannya.

Sistem Keadilan

Dalam konteks sistem kehakiman Negara pula, pihak parti pembangkang membangkitkan persoalan bahawa, kesalahan Anwar Ibrahim sepatutnya dibicara di mahkamah syariah kerana Anwar Ibrahim adalah seorang islam. Tetapi pihak kerajaan melakukan sebaliknya dan Hakim yang dipilih adalah hakim bukan beragama islam.

Isu ini juga membangkitkan kemarahan ramai pihak. Oleh yang demikian, isu ini adalah satu isu yang boleh diketengahkan parti pembangkang bagi memperolehi sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya. Justeru isu pemecatan bekas ketua hakim Negara Tun Saleh Abbas yang diecat tanpa sebab juga dibangkitkan bagi mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan.

Bersambung..

Read More...

Teori Psikologikal

Teori Psikologikal

Teori Psikologikal

Teori psikologikal adalah teori yang menggunakan proses-proses dan struktur-struktur mental dan personality seseorang untuk menerangkan kelakuan devian. Teori-teori psikologikal banyak membina skel-skel personality untuk mengkaji bagaimana manusia membentuk corak-corak personaliti yang tertentu dan bagaimana cirri-ciri ini mempengaruhi sebagai contoh personality yang agresif, peramah dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi tingkahlaku dalam keadaan social tertentu.

Read More...

CONSOCIATIONAL

CONSOCIATIONAL

Takrif demokrasi dan consociational

  • Plato membandingkan demokrasi atau sistem yang bersifat “rule by the governed” dengan sistem alternatif lain seperti monarki atau “rule by one individual”, oligarki atau pemerintahan oleh satu golongan elit atau pemerintahan oleh satu bangsa ke atas bangsa lain.
  • Kenapa takrif demokrasi signifikan?
  • “ consociational” berasal dari terminologi Latin iaitu consociatio yang bermaksud berkongsi dalam suatu perikatan.
  • Arend Lijphart - demokrasi consociational melibatkan kerajaan yang ditubuhkan oleh gabungan elit yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik – elemen perkongsian dan akomodasi.

Kriteria demokrasi consociational (4 perkara)

  1. Penubuhan gabungan pemimpin semua kumpulan etnik yang penting dalam masyarakat majmuk. Dapat memastikan adanya penglibatan pemimpin-pemimpin politik kumpulan etnik dalam pemerintahan negara.
  2. Mutual veto atau hak veto yang sama antara kumpulan Utk melindungi hak minoriti - suara yang sama dengan golongan etnik majoriti.
  3. Proportionality atau peruntukan dalam peratusan tertentu dalam agihan sumber - perwakilan politik, jawatan kerajaan, agihan peruntukan kewangan dari kerajaan.
  4. Kuasa autonomi diberikan kepada setiap kumpulan etnik untuk menguruskan hal-ehwal masing-masing.

Kuasa autonomi boleh diberikan apabila:

A). Apabila kumpulan tertentu tertumpu di kawasan tertentu.

B). Apabila kumpulan berselerak, autonomi dilaksanakan melalui Federalisme – kumpulan mempunyai kuasa dan hak dalam mentadbir hal-ehwal mereka.

Keadaan yang kondusif terhadap konsosiasional

  1. Kewujudan imbangan kuasa antara 3-5 kumpulan.
  2. Sokongan umum atau rakyat kepada kerajaan gabungan.
  3. Kewujudan ugutan atau bahaya dari luar negara.
  4. Nasionalisme yang “sederhana”.
  5. Saiz kumpulan yang lebih kurang sama.
  6. Saiz negara dan populasi yang agak kecil.
  7. Persamaan taraf sosio-ekonomi antara kumpulan.
  8. Terdapat kumpulan tertentu yang tinggal di kawasan tertentu. Corak penempatan ini memudahkan pelaksanaan autonomi.
  9. Kewujudan tradisi menyelesaikan perbalahan melalui konsensus dan perbincangan dan tolak-ansur (kompromi).
Read More...

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.