Definisi Pilihanraya

Pilihanraya sering dikaitkan dengan teori dan amalan demokrasi liberal di mana ianya merupakan salah satu saluran penglibatan politik. Pilihanraya boleh didefinasikan sebagai :

”proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang-undang.”

Dalam ertikata lain, pilihanraya ialah proses penglibatan rakyat dalam memilih wakil mereka untuk memegang mandat kuasa bagi membuat keputusan, membentuk dasar dan undang-undang mengikut kehendak masyarakat majoriti. Pilihanraya juga dilaksanakan di berbagai peringkat iaitu di peringkat daerah, wilayah dan nasional.

Dalam pilihanraya di bawah sistem Parlimen seperti di Malaysia, ianya bertujuan untuk memilih kerajaan kabinet iaitu memilih ahli-ahli eksekutif atau ahli Parlimen di peringkat persekutuan dan ahli-ahli wakil rakyat di peringkat negeri.

Related Post

  • Teori InstitutionalismeTeori InstitutionalismeSemua dasar awam sememangnya berkisar atas kegiatan dan peranan institusi politik. Institusi-ins ...
  • KrisisKrisisMenurut Dewan Bahasa dan Pustaka, krisis bermaksud keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh secara tib ...
  • Terminology Terminologi adalah kajian dan bidang kegiatan yang bersangkutan dengan pengumpulan, keterangan, pemprosesan dan perse ...
  • Perkembangan kajian masyarakat majmuk - Selepas Furnivall: antaranya: S.S. Morris, (Afrika Timur), D. Crowley (Trinidada), D. Benedict (Mauritius) - Hasil k ...
  • Modenisasi dan Masyarakat Majmuk Kesan modenisasi terhadap masyarakat majmuk. Takrif modenisasi – konsep merujuk proses perubahan ekonomi, pendidikan, ...
Previous
Next Post »

Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.