Dasar Awam

Dasar Awam

Dasar awam boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai maksud dan pengertian. Secara literalnya, dasar awam ialah apa juga projek, program atau rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. Dasar Awam boleh didefinisikan antaranya, sebagai apa sahaja pemilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu. (Dye, 1984).

Menurut (Ahmad Atory Hussain: 1990;1) pula Dasar Awam itu ialah progam atau projek yang dirancang oleh kerajaan yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Dasar awam ialah sesuatu pilihan utama yang dibuat oleh seseorang individu atau sekumpulan individu bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau menggariskan sesuatu tindakan sama ada yang nyata atau bertujuan (Prestus, 1975)

Mengikut kamus Inggeris Oxford, Dasar Awam itu memberi maksud tindakan,keputusan dan peraturan badan-badan awam yang terdiri daripada ketua Negara, ahli politik dan pentadbir kerajaan. Oleh yang demikian terdapat satu identiti linguistic di antara orang awam dan dasar (English Oxford Dictionary, 1971)

Menurut Kamus Dewan (1970 hlm 218): Dasar ialah asas, teras, panduan (pendapat, falsafah, aturan dll). Dasar mempunyai tujuan, matlamat, fungsi, tugas, demi kebaikan dan kepentingan sesuatu institusi(jabatan/agensi/lembaga). Awam pula menurut Kamus Dewan (hlm48) pula memberi makna am, umum, orang biasa. Oleh itu, Dasar Awam ialah teras, panduan atau matlamat am bagi orang awam atau rakyat demi kepentingan masyarakat umumnya. Ia mempunyai ciri kebajikan, semoga rakyatnya hidup selesa, aman dan tenteram, selamat dan sejahtera dengan semangat bekerjasama, bersatu padu dan muhibah di negara yang unik ini seperti Malaysia.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati dasar awam telah diterangkan secara bergilir-gilir sebagai satu keputusan dalam bentuk pilihan dan penyelesaian kepada masalah; satu matlamat atau objektif; serangkaian program; suatu peruntukan; undang-undang atau pun peraturan. Secara kesimpulannya kita boleh menyatakan dasar awam sebagai apa sahaja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Secara umumnya setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan pastinya mempunyai objektif, matlamat dan tujuan untuk dijadikan sebagai panduan umum dalam mengatasi masalah sesebuah negara. Pendek kata matlamat dasar mestilah jelas dan merupakan jalan penyelesaian terhadap sebahagian besar masalah rakyat ataupun kumpulan sasaran dasar tersebut. Contoh-contoh Dasar Awam di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wanita Negara, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Persyarikatan, Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi.

Related Post

Previous
Next Post »

Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.