TEORI CONSOCIATIONAL

Takrif demokrasi dan consociational

Plato membandingkan demokrasi atau sistem yang bersifat “rule by the governed” dengan sistem alternatif lain seperti monarki atau “rule by one individual”, oligarki atau pemerintahan oleh satu golongan elit atau pemerintahan oleh satu bangsa ke atas bangsa lain.


Kenapa takrif demokrasi signifikan?

“ consociational” berasal dari terminologi Latin iaitu consociatio yang bermaksud berkongsi dalam suatu perikatan. 
Menurut Arend Lijphart - demokrasi consociational melibatkan kerajaan yang ditubuhkan oleh gabungan elit yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik – elemen perkongsian dan akomodasi.

Kriteria demokrasi consociational (4 perkara)

1. Penubuhan gabungan pemimpin semua kumpulan etnik yang penting dalam masyarakat majmuk. 
Dapat memastikan adanya penglibatan pemimpin-pemimpin politik kumpulan etnik dalam pemerintahan negara.
2. Mutual veto atau hak veto yang sama antara kumpulan 
Utk melindungi hak minoriti - suara yang sama dengan golongan etnik majoriti.
3. Proportionality atau peruntukan dalam peratusan tertentu dalam agihan sumber - perwakilan politik, jawatan kerajaan, agihan peruntukan kewangan dari kerajaan.
4. Kuasa autonomi  diberikan kepada setiap kumpulan etnik untuk menguruskan hal-ehwal masing-masing. 

Kuasa autonomi boleh diberikan apabila:

A). Apabila kumpulan tertentu tertumpu di kawasan tertentu.
B). Apabila kumpulan berselerak, autonomi dilaksanakan melalui Federalisme – kumpulan mempunyai kuasa dan hak dalam mentadbir hal-ehwal mereka.

Kelakuan pemimpin politik

1. Menyedari bahawa masyarakat yang mereka pimpin terdiri dari pelbagai kumpulan yang berpecah-belah.
2. Mempunyai komitmen dalam mengekalkan sistem berdasarkan konsosiasional.
3. Berupaya mengatasi perbezaan antara mereka yang kebanyakan berasal dari perbezaan etnik – dgn komunikasi yg efektif. 
4. Berkebolehan membuat penyelesaian bagi desakan / permintaan oleh pelbagai kumpulan.

Keadaan yang kondusif terhadap konsosiasional

1. Kewujudan imbangan kuasa antara 3-5 kumpulan.
2. Sokongan umum atau rakyat kepada kerajaan gabungan.
3. Kewujudan ugutan atau bahaya dari luar negara.
4. Nasionalisme yang “sederhana”.
5. Saiz kumpulan yang lebih kurang sama.
6. Saiz negara dan populasi yang agak kecil.
7. Persamaan taraf sosio-ekonomi antara kumpulan.
8. Terdapat kumpulan tertentu yang tinggal di kawasan tertentu. Corak penempatan ini memudahkan pelaksanaan autonomi.
9. Kewujudan tradisi menyelesaikan perbalahan melalui konsensus dan perbincangan dan tolak-ansur (kompromi).



Netherlands/Belanda
  • Era consociational iaitu antara 1917 - 1967, kabinet merupakan gabungan ahli-ahli yang mewakili parti dan kumpulan yang berlainan. 
  • Wujud badan dan jawatankuasa yang merupakan gabungan perwakilan pelbagai kumpulan - berfungsi sebagai badan penasihat & badan yang membuat keputusan mengenai sesuatu isu penting.

Belanda
  • Contoh badan tersebut ialah Dutch Social and Economic Council atau Majlis Sosial dan Ekonomi Belanda.
  • Sekarang - The Social and Economic Council of the Netherlands (SER) 
- perwakilan majikan, persatuan buruh & pakar-pakar tertentu – membentuk konsensus dlm isu sosio-ekonomi.

  • Bahasa rasmi - Dutch & Frisian  


Switzerland
  • Formula yang dicapai oleh Switzerland pada tahun 1959 - badan eksekutif persekutuan terdiri daripada 7 anggota - Federal Council. 
  • Federal Council - 4 parti utama berdasarkan nisbah peratus undian semasa pilihanraya tahun sebelumnya iaitu dua ahli Radikal, dua Sosialis, dua Katholik dan seorang daripada parti Peasants. 
  • 7 ahli ini mewakili bahasa dan wilayah yang berlainan di Switzerland.

Austria
  • 1945 -1966, negara ini pernah diperintah oleh kabinet yang terdiri daripada gabungan perwakilan yang seimbang daripada kumpulan Katholik dan Sosialis. 
  • Wujud extraconstitutional Koalitiondausschuss - jawatankuasa kecil gabungan parti yang terdiri daripada pemimpin atasan Katholik dan Sosialis.

Belgium

  • 1918 - 1963, kabinet di Belgium merupakan gabungan antara parti yang merangkumi ahli daripada tiga parti yang memerintah negara tersebut.
  • Perpecahan berlaku dari segi pembahagian penggunaan bahasa.
  • 2 kumpulan bahasa yang berlainan di negara ini -- keturunan Fleming berbahasa Dutch (utara), & keturunan Walloons berbahasa Perancis (selatan).
  • Kedua-dua kumpulan ini sentiasa bimbang sekiranya mereka didominasi oleh kumpulan yang lain.
  • Kumpulan Perancis(31%) takut kepada jumlah penduduk kumpulan Dutch(58%) yg lebih ramai daripada mereka manakala kumpulan Dutch takut kepada dominasi ekonomi dan budaya kumpulan Perancis
  • Ketegangan antara dua kumpulan ini membawa kpd perubahan kpd Perlembagaan – pengiktirafan rasmi dan autonomi kpd wilayah utara dan selatan.
  • 1993 constitutional revision – wujud 3 peringkat kerajaan –federal, regional, dan linguistic community.


Lubnan

  • Majmuk atas dasar agama dan mazhab yang berlainan.
  • Kumpulan-kumpulan -- Kristian Maronite, Islam bermazhab ahli sunnah wal jamaah, Islam bermazhab Syiah, Ortodoks Greek dan beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada pada penganut samada agama Kristian atau Islam.
  • Dua kumpulan besar iaitu Kristian dan Islam agak seimbang
  • 1943 – 1975 ---wujud pakatan kebangsaan yang formal dan tidak formal dalam jawatan-jawatan tinggi negara.
  • Presiden - Kristian Maronite, timbalannya - Ortodoks Greek, Perdana Menteri -ahli Sunnah wal Jamaah, pengerusi Dewan Perundangan - ahli Syiah dan timbalannya - Ortodoks Greek.
  • Dalam kabinet -setiap kumpulan agama-ideologi ini diwakili oleh ahli perwakilan masing-masing. Jumlah ahli perwakilan adalah menurut nisbah jumlah penduduk daripada kumpulan yang berlainan.
  • 1975 – perang saudara
  • Kelemahan sistem ini ialah implementasi prinsip konsosiasionalnya yang rigid.
  •  Contohnya pembahagian jawatan-jawatan tinggi seperti presiden dan perdana menteri tidak mengambil kira perubahan demografi penduduk Lubnan.


Perkembangan Lubnan

  • Perang saudara --1975-1990.
  • Kemusnahan negara – tetapi mula pembinaan semula institusi politik selepas perang saudara
  • Ta'if Accord – blueprint kpd perdamaian negara
  • Menubuhkan sistem politik yang lebih adil– memberikan golongan Islam suara yg lebih dlm proses politik
  • Sejak 1990 – berjaya mengadakan beberapa pilihanraya.


Cyprus

  • Perlembagaan thn 1960 selepas merdeka, di anggap oleh Arend Lijphart sebagai satu usaha untuk menubuhkan sistem yang bercorak akomodasi politik.
  • Dua kumpulan yang berpecah di negara ini ialah komuniti Greek (78%) dan komuniti Turki (18%) penduduk menurut bancian 1960.
  • Pembahagian -- bahasa, agama dan budaya
  • Kumpulan Greek Cyprus -- bahasa Greek, beragama Kristian Ortodoks Greek dan mengamalkan cara budaya Greek.
  • Kumpulan Turki -- bahasa Turki, beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Turki.
  • Pemisahan dari tiga segi ini berlaku dalam sistem pelajaran dan struktur pelbagai organisasi.
  • 1963 – perang saudara
  • Berpecah kepada dua sistem yang berasingan.
  • Lijphart berpendapat konsosiasionalisme tidak berjaya di Cyprus kerana majoriti Greek tidak dapat menerima sepenuhnya peruntukan yang dipersetujui dalam perlembagaan manakala minoriti Turki pula terlalu menuntut supaya semua perkara menurut peruntukan konsosiasional dan mereka juga menggunakan kuasa veto bukan kerana bantahan tetapi sebagai senjata untuk mempercepatkan implementasi nisbah 7:3 dalam jawatan perkhidmatan awam.



Malaysia

  • Lijphart - susunan dalam Perikatan memberi ruang kepada setiap kumpulan mengendalikan hal-ehwal sosial dan budaya masing-masing walaupun keadaan ini bukan kuasa autonomi.
  • Kuasa autonomi yang diberikan berdasarkan wilayah tidak dapat dilakukan di Malaysia kerana secara umumnya tiada kaum tertentu yang tertumpu di sesuatu wilayah.
  • Perjanjian asal yang membentuk Perikatan adalah satu trade-off --pertukaran --iaitu antara ketuanan Melayu dalam bidang politik dan kerajaan,  dengan kesinambungan hegemoni Cina dalam bidang ekonomi.
  • Tawar-menawar yang menghasilkan pertukaran tersebut memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.
  • Melayu -- memperolehi kuasa dalam politik, kawalan dalam kerajaan serta politi yang mengikut stail dan simbol Melayu.
  • Sebagai balasannya, Cina -- memperolehi perkara-perkara yang hanya dapat diimpikan oleh pendatang Cina di negara-negara Asia Tenggara lain iaitu hak kewarganegaraan yang sama dengan Melayu, hak untuk melibatkan diri dalam politik dan memegang jawatan kerajaan, peluang ekonomi tanpa sekatan dan toleransi kerajaan terhadap bahasa, agama dan institusi kebudayaan Cina.


Renungan

  • Dalam perkembangan politik hari ini, adakah “trade-off “ yang telah dilakukan oleh parti Perikatan masih releven di Malaysia? Beri ulasan anda berasaskan teori consociational.

Related Post

Previous
Next Post »

Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.