Anwar dan Keluarga Yang Tabah

Sedih dan Marah aku rasa bila Anwar tetap disuruh bela diri.. Sungguh kejam puak-puak penipu rakyat.. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara asalkan Anwar berundur dari politik. Sungguh tabah DSAI .. Kalau kita rakyat biasa, apalah agaknya yang kita rasa. Walaupun DSAI diperlakukan sedemikian, senyumahnya tidak lepa dari wajahnya. Beliau tetap melemparkan senyuman pada rakyat yang menyokong beliau, dalam hati siapa yang tahu.. pastinya beliau sedih dan kecewa.


Bagaimana pula kaum keluarga.. pastinya Wan Azizah mengalirkan air mata bila duduk bersama dirumah. Kaum keluarga DSAI pastinya tertekan dengan tindakan yang dikenakan kepada DSAI. Lepas satu satu dugaan yang diterima. Puak-puak zalim selagi boleh ingin DSAI putus asa dengan perang sikologi yang mereka lancarkan. Mereka rasa tergugat selagi DSAI berada dipuncak Pakatan Rakyat. Bagi mereka, Jika Anwar tiada, mereka akan berasa selesa. Ini kerana bermulanya era kebangkitan rakyat apabila orang bernama Anwar Ibrahim yang dahulunya Timbalan Perdana Menteri, dipecat. Rakyat hairan dan tidak percaya kerana Anwar Ibrahim yang dikenali rakyat seorang yang dedikasi. Maka bermulalah perpecahan dalam UMNO/BN dan datanglah era kacau bilau dalam politik mereka. Mereka sudah lama terlalu selesa dengan menipu rakyat dan merobek hak rakyat

Sehingga kini mereka rasa, DSAI orang yang perlu dihapuskan dari aliran politik Malaysia. Selagi DSAI ada, selagi itulah undi mereka semakin berkurangan. Puak-puak zalim sudah terpesong jauh. Mereka fikir rakyat boleh ditipu. Rakyat semakin bijak menilai dan berani menegur. Tidak mustahil jika kita menilai bahawa, rakyat akan bangkit menentang bahkan bakal menzahirkan kemarahan mereka dijalanan suatu hari nanti. Ini kerana sistem pemerintahan Malaysia semakin melampau dan polis semakin biadap. Ini semua keldai tunggangan big mama dan najib jendulri.


Beringat sebelum terkena wahai puak-puak zalim. 

Kita ini manusia, 
punya hati yang berbeza.. 
kemarahan ada batasnya, 
jangan buat rakyat rasa teraniaya hingga bangkit seperti diluar negara.


Rakyat masih ada tatasusilanya, 
pergi berhimpun xpernah membawa senjata, 
mengapa teriakkan dibalas pancutan, 
juga tembakkan dan juga belantan.

Abang polis pakcik polis
Kami manusia bukannya iblis
Guna otak bukan lutut
Kami hormat bukannya takut


InsyaAllah, Allah bersama-sama orang yang sabar... 

Related Post

Previous
Next Post »

Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.