Kelas menengah di Malaysia boleh dikategorikan kpd 3:
a) kelas menengah baru: kumpulan profesional, pengurusan dan pentadbiran bergaji, yang menerima amanah dan kuasa daripada majikan
b) kelas menengah lama: kumpulan pemodal yang ada atau tiada kuasa atas buruh.
c) kelas menengah bawah: kumpulan pekerja kolar putih gred bawahan, kumpulan sokongan.
Ciri-ciri kelas menengah baru di Malaysia
a) kelas menengah generasi pertama: generasi terdahulu berlatar belakang petani dan pekerja.
b) mobilisasi inter-generasi bersifat jarak dekat dan bertahap: lebih mudah menyertai kelas paling hampir di atas daripada melangkauinya.
c) dihasilkan melalui pendidikan yang dibiayai negara/kerajaan
d) berpendapatan selesa, membentuk nouveau riche (kelas kaya baru). Asas ekonomi berasaskan gaji, tetapi amat bergantung kepada pinjaman melalui sistem kewangan.
e) berorientasikan pengguna – status sosial diukur berdasarkan pemilikan barang dan kediaman
f) bersifat ‘selamat’ yakni memberi keutamaan kepada mengekalkan status kelas generasi seterusnya, berideologi konservatif, menyokong status quo
g) status kelas belum ketara sepenuhnya dalam stail kehidupan dan sifat kepenggunaan (kehidupan seharian).
Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih