Coretan Minda

Di sini pengarang terkenang, waktu lepak-lepak di kedai mamak, macam-macam cerita yang keluar. Salah satu dari cerita yang dirasakan menarik dan nak dikongsi bersama rakan-rakan semua berkenaan kereta negara kita ni.

Kita rakyat Malaysia memang duk bangga dengan keluaran kereta yang bermacam rupa yang boleh la dikatakan menarik, tapi disebalik menariknya kereta negara kita ni, banyak la pulak masalahnya. Inilah cerita yang nak diluahkan. Nak diluah kat pemimpin, tak dapek den nak nolong. Dek pemimpin yang duk sebuk canang sana sini tentang kehebatan negara tercinta ni, tapi duk pekakkan telinga, duk butakan mata, duk kelu tak berbahasa.

Katanye kereta negara kite ni hebat xde tolok bandingnya, tah bila masa die duk jadi robot yang membikinnya. Kecewa kecewa kecewa. Ramai rakyat kita skarang ni dah naik bosan dengan kereta kebanggan negara. Ape taknya, kualitinya takda. Dulu kata nak keluarkan yang lebih baik dan nak baiki masalah yang kerap terjadi pada kereta yang terdahulu. Tapi skarang sama aje. Ade jugak masalahnya. Baru beli memanglah duk hangat kata bagus bagus bagus, dah guna 3, 4 tahun orang yang guna duk pulak sebut hancus hancus hancus. Taaaaauuuuuuuuuuuuu TaaaaaaakPeeeeeeeeee.

Ini lah negara tercinta kita. Keretanya takde kualiti. Design pulak duk tiru kereta luar negeri. Takde idea ke pereka mereka ni. Jangan jadi pereka lah kalau asik duk tiru kereta orang aje. Cari orang yang ade idea lebih baik. Nak jual kereta harganye lebih kurang kereta luar yang ade kualiti. kononnya nak tiru harga pasaran. Dikurangkan harga pun cukup-cukup makan. Tapi bodynya lebik macam tin minuman. Dihentam sikit kemeknya seluruh badan. kereta kereta kereta, sampai pengarang sendiri pun dah naik bosan. Nampak gayanya bukan kereta negara yang jadi pilihan.

Bila jualan berkurangan, disalahkan ekonomi, kononya rakyat ekonomoney. Sebenarnya rakyat kita dah bosan. Wahai pemimpin-pemimpin atasan. Janganlah hangpa semua duk suka beri alasan. Jangan sampai takde orang nak bli kereta negara baru nak lonjak maju kedepan.

Lu Pikir La Sendiri...

Apa pula pendapat anda tentang kereta Malaysia?

Related Post

Previous
Next Post »

Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.