Imperialisme
Merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
Imperialis Barat
- Enam kuasa yang terlibat: -
a) Portugal (mendahului kuasa lain) – Melaka (semasa 1511)
b) Sepanyol – Filipina
c) Belanda – Indonesia
d) Britain – Burm dan Tanah Melayu
e) Perancis – Laos, Kemboja, dan Vietnam (IndoChina)
f) Amerika Syarikat
- Pada awal bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja.
- Hanya Thailand sahaja yang merdeka.
Faktor-faktor Imperialisme Barat
- Kekayaan Bahan Mentah
Kepesatan sektor perindustrian di Eropah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.
Asia Tenggara – Kekayaan Bahan Mentah
Negara | Sumber Utama |
Tanah Melayu & Indonesia | Bijih timah |
Thailand | Bijih timah dan kayu jati |
Burma | Kayu jati |
Filipina | Tebu dan kelapa |
China dan India – Pasaran yang luas
- Sistem Pengankutan dan Perhubungan
a) Kapal berkuasa wap – membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepat perjalanan antara Barat & Timur.
b) Pembukaan Terusan Suez (1869) – memendekkan jarak perjalanan di antara Barat & Timur.
c) Kedua-duanya dapat menjimatkan kos dan menjadikan perjalanan lebih selamat.
d) Penciptaan telegraf – Kuasa-Kuasa imperialis dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli-ahli perniagaan di Barat pula dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur. Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.
- Persaingan Kuasa-kuasa Barat
Semakin luas tanah jajahan mereka, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.
- Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun
a) British dan Belanda - mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
b) Perancis – berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun. Bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.
c) Mubaligh Kristian – berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.
Perubahan Sistem Politik
Pengenalah Sistem Birokrasi Barat – untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.
Ciri-ciri umum:
- Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.
- Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
- Perlaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan).
- Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro.
- Pengenalan undang-undang Barat.
Filipina vs. Sepanyol
Sebelum
1. Terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai barangay – diperintah oleh golongan datu.
2. Selatan kepulauan Filipina – kerajaan-kerajaan Islam.
Selepas
1. Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan.
Gabenor Jeneral (Pemerintah tertinggi peringkat pusat) |
Ketua Datuk Bandar (Pentadibir wilayah) |
Gabenor Kecil (pentadbir Bandar) 2. Sistem Encomienda (peringkat tempatan) a) Penyatuan barangay → sistem pemerintahan tradisional & pengaruh golongan datu merosot. b) Diperintah oleh encomiendero. c) Tugas – menjaga keamanan, mengutip cukai, & mengkristiankan penduduk barangay. d) Dibenci oleh penduduk Filipina kerana sistem ini mengenakan cukai yang tinggi & kerahan tenaga kepada mereka. |
Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih