Oh Pak Hasan


Kesian Sungguh aku tgk pak hasan ni sana sini kena bambu.. mana taknya, byk org xpuas hati kat dia. Tu laaa... sapa suruh dok ikut sgt bayang2 pihak lawan.. Kita dalam PR ada cara kita sendiri.. walaupun kita tahu ukhuwah dan penyatuan melayu itu penting , tapi mcmana kita tak bersatu kalau puak sebelah sana masih menggunakan pemerintahan yang berasaskan kekayaan semata2. Puak sebelah sana cakap tak serupa bikin. Yang penting bagi dieorg, ada projek yg bleh buat dia kaya. Walaupun mereka tahu yang mereka salah, tapi demi duit, apa pun bleh jadi. 

       Dalam kes pak hasan ni, aku nampak dia ade salah, yang hentam dia pun ade salah jugak .. salahnya pak hasan ni dok ikut sgt rentak puak2 blah sana. Demonstrasi HIMPUNAN dia join, dulu plak kes nak gabungkan UMNO ngan PAS. Yang terbaru plak dia buat sidang media untuk jawab masalah2 yang berkait dengan dia. Lepastu bleh plak join diskusi untuk jawab isu2 terbaru tentang dia. Kalau dia ni guna akal dgn betul, kan dia dah tahu media semua kaki penipu dan putar belit. Tunggu peluang je nak putarkan kenyataan dan memecah belahkan PR. Takkan tak paham2 lagi politik kotor puak blah sana. Ape punya bengong laaaaaa..

            Puak yang duk hentam pak hasan ni pun 1 badigol gak.. kan awak tu dalam PAS.. takkan tak tahu sistem PAS tu macam mana. PAS kan lebih kepada perbincangan duduk semeja. Kenapa nk hentam terang-terang. Bawak la berbincang dulu, bila kluar kenyataan2 hentam org, kan dah jadi isu... jadi pulak bahan ketawa puak belah sana.. jadi plak bahan politik dieorg.. mula la dia kata PAS bertelagah, PAS lemah, PAS ini PAS itu.. pikir la sikit.. awak tu dah lama dlm parti, takkan xreti2 lagi. 

Mudah-mudahan lepas ni isu ni selesai... cepat skit kasi selesai.. nak PRU13 dah ni.. jangan bertindak hingga memburukkan parti. puak belah sana tunggu time je nak tembak isu2 kita.





Related Post

Previous
Next Post »

Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.