Dr Lo' Lo' Meninggal Dunia


Al-Fatihah

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali(gambar atas) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.
[Berita penuh menyusul]

Sumber berita ihsan dari Harakahdaily.net

Related Post

Previous
Next Post »

Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.