Teori Marx
- Cara-cara pengeluaran menetapkan super – struktur dalam masyarakat yang menjadi asas perkembangan ekonomi, perhubungan masyarakat, kuasa, institusi politik.
- Polarisasi berdasarkan kepentingan kelas bukan kaum.
- Proletariat vs. Bourgeoisie (Kapitalis)
- Parti Komunis – Ideologi, perspektif berasaskan teori Marx.
- Parti Komunis – berhaluan antarabangsa dan antara kaum.
Masalah - Teori Marx
Contoh di Afrika Selatan:
- Pekerja kolar putih tidak bersatu dengan kulit hitam.
- Kulit putih kelihatan lebih rasis.
- Pengubahsuaian terhadap teori Marx.
- Pergaduhan kaum adalah satu aspek pergaduhan kelas.
I. Faktor-faktor bukan kelas seperti kepelbagaian kaum dan budaya, kuasa politik kolar putih (Afrika Selatan) kesan diskriminasi, perhubungan dengan elit pemerintah.
“Mengelirukan/mengaburkan” kepentingan kelas bersama pekerja-pekerja..
Faktor-faktor bukan kelas itu membentuk perangai-perangai yang tidak semestinya wujud tetapi wujud disebabkan faktor tersebut.
Kesedaran yang wujud ini diistilahkan sebagai kesedaran palsu.
II. Membahagikan evolusi kepada dua peringkat:
(a) Revolusi nasional/demokrasi --> kesamaan kaum.
(b) Revolusi sosialis berlaku selepas tercapai kesamaan kaum --> Masyarakat tanpa kelas.
Sila Komen Berkenaan Tajuk Ini, Komen Anda Berguna Buat Kami Sebagai Satu Wadah Pembuka Minda, Terima Kasih