About Minda Pengarang

Manual Description Here: Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis.

Showing posts with label mindapengarang. Show all posts
Showing posts with label mindapengarang. Show all posts

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara



*      Imperialisme
Merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

*      Imperialis Barat
  1. Enam kuasa yang terlibat: -
a)      Portugal (mendahului kuasa lain) – Melaka (semasa 1511)
b)      Sepanyol – Filipina
c)      Belanda – Indonesia
d)      Britain – Burm dan Tanah Melayu
e)      Perancis – Laos, Kemboja, dan Vietnam (IndoChina)
f)        Amerika Syarikat

  1. Pada awal bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja.

  1. Hanya Thailand sahaja yang merdeka.

*      Faktor-faktor Imperialisme Barat
  1. Kekayaan Bahan Mentah
Kepesatan sektor perindustrian di Eropah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.

Asia Tenggara – Kekayaan Bahan Mentah
Negara
Sumber Utama
Tanah Melayu & Indonesia
Bijih timah
Thailand
Bijih timah dan kayu jati
Burma
Kayu jati
Filipina
Tebu dan kelapa
China dan India – Pasaran yang luas

  1. Sistem Pengankutan dan Perhubungan
a)      Kapal berkuasa wap – membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepat perjalanan antara Barat & Timur.
b)      Pembukaan Terusan Suez (1869) – memendekkan jarak perjalanan di antara Barat & Timur.
c)      Kedua-duanya dapat menjimatkan kos dan menjadikan perjalanan lebih selamat.
d)      Penciptaan telegraf – Kuasa-Kuasa imperialis dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli-ahli perniagaan di Barat pula dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur. Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.

  1. Persaingan Kuasa-kuasa Barat
Semakin luas tanah jajahan mereka, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.

  1. Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun
a)      British dan Belanda - mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
b)      Perancis – berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun. Bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.
c)      Mubaligh Kristian – berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.

*      Perubahan Sistem Politik

*      Pengenalah Sistem Birokrasi Barat – untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.
Ciri-ciri umum:
- Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.
- Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
- Perlaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan).
- Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro.
- Pengenalan undang-undang Barat. 

Filipina vs. Sepanyol
Sebelum
1.     Terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai barangay – diperintah oleh golongan datu.
2.     Selatan kepulauan Filipina – kerajaan-kerajaan Islam.


Selepas
1.     Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan.

Gabenor Jeneral
(Pemerintah tertinggi peringkat pusat)

Ketua Datuk Bandar
(Pentadibir wilayah)

Gabenor Kecil
(pentadbir Bandar)


2.     Sistem Encomienda (peringkat tempatan)
a)      Penyatuan barangay → sistem pemerintahan tradisional & pengaruh golongan datu merosot.
b)      Diperintah oleh encomiendero.
c)      Tugas – menjaga keamanan, mengutip cukai, & mengkristiankan penduduk barangay.
d)      Dibenci oleh penduduk Filipina kerana sistem ini mengenakan cukai yang tinggi & kerahan tenaga kepada mereka.


Read More...

Hasan Ali yang dah mula merepek

Assalamualaikum ... harini aku nk berkongsi sedikit analisis dan apa yang terkandung dlm minda aku yang dah lama aku pendamkan bila melihat isu Hasan Ali yang sejak dipecat oleh PAS , beliau seolah2 orang yang dah xde pedoman dlm berhujah. Apa yang boleh cakap dia akan cakap je ikut suka hati dia walaupun dia tau benda yang dia cakap tu salah. Hasan Ali yang dulu lantang membantai umno/bn sejak akhir2 ni berceramah membawa isu yang seolah2 sudah menjilat kembali ludah yang telah dikeluarkan dulu. Makin lama makin kuat mengarut org tua ni.


Dia fikir kononnya dia org yang lantang memperjuangkan akidah yang merepek disana sini. Sedangkan perjuangannya hanya sekadar ceramah yang diadakan 3,4 jam dan bila habis ceramah, hasilnya tidak seberapa. Apa yang perlu dalam memperjuangkan akidah org Islam bukan sekadar ceramah saja tapi tindakan proaktif yang perlu diambil kerajaan dlm menangani gejala sosial yang semakin berleluasa. Apa guna ceramah kalau media2 pro kerajaan masih sibuk dengan hiburan-hiburan yang dihidangkan setiap saat buat orang ramai.  Pihak yang paling perlu memainkan peranan adalah Pimpinan negara. Beliau berkuasa dalam menjadi individu yang tegas dalam mencorak bentuk sistem masyarakat.


Pemimpin yang menjadi contoh bagi rakyat dalam negara. Bagaimana rakyat ingin berubah jika pemimpin sendiri pun hanyut dilambung kepentingan dunia dan tidak menitik beratkan norma2 sosialisasi yang baik.  Tidakkah kita sedar risiko kecelaruan rakyat yang semakin menjadi2 akhir2 ini. Apakah peranan yang telah dimainkan pimpinan atasan? Cuma sekadar cakap sahaja.. apakah tindakan yang telah dijalankan bagi membendung budaya tidak sihat ini.?  Adakah majalah2 yang terlalu cenderung kepada  sosial dibendung. Lihatlah sebagai contoh Majalah Mangga yang boleh dikategorikan majalah Playboy Malaysia. Tidakkah kita prihatin dengan perkara ini.

Bagaimana nak betulkan akidah orang Islam kalau tiada tindakan dlm isu2 yang lebih penting ini. Adakah pemimpin kita dah buta atau beliau juga seronok melihat susuk tubuh artis2 yang mengiur dan menghairahkan berbanding susuk tubuh Kak Mah yang bentek hahaha.


Hasan Ali jangan bikin sibuk kalau perkara2 seperti ini pun dia xnampak bagaimana pula dia nak perjuangkan akidah org islam. Walaupun tidak boleh dinafikan apa yang dilakukan itu baik tetapi beliau perlu peka dan bukak pekak. Isu akidah ini memang isu yang sangat penting, tapi lihat sajalah suasana kehidupan rakyat Malaysia sekarang yang dibuai perkara2 yang merosakkan minda. Ini juga perkara2 yang perli ditekankan bagi memberi impak yang lebih cantik dalam membentuk sistem kehidupan orang Islam.


Lihat lah melayu Islam yang rosak di kelab2 malam. Adakah mereka ini akidahnya boleh dibentuk dengan hanya bercakap. Mengapa pemimpin kita membiarkan pusat2 hiburan tumbuh bak cendawan sedangkan negara yang dibanggakan ini di canang negara Islam. Adakah ini bentuk Islam yang dimaksuhkan pemimpin umno/bn sekarang. 


Bagaimana pula dengan mereka2 yang bersosial, berzina dan sebagainya diluar sana. 


Hasan ohhhhh Hasan.. kalau dah kecewa jangan nak menyalahkan PAS. Kamu dipecat bukan kerana perjuangan kamu dan parasit dalam PAS. kamu dipecat sebab kamu tu xreti bahasa dan tak faham perjuangan dalam PAS. Mesyuarat kamu xpergi, bila ade isu buat sidang media sana sini tanpa merujuk isu pada pihak pimpinan dan majlis syura. Perjuangan PAS yang tertinggi tetap pimpinan Ulama tapi kamu kata PAS dikuasai golongan sekular. Sebenarnya kamu telah gila isim aku rasa. Mungkin terlalu banyak kaji Agama tanpa merujuk pada Ulama. Gila isim la jadinya. 


Aku berdoa semoga Allah memberi petunjuk pada kau Hasan Ali dan semoga kau sedar yang kau telah jauh tersesat. 




p/s : Segala isu dan ulasan adalah sekadar  satu bentuk pemikiran kritis dari MindaPengarang©™







Read More...

Detik Cemas Kekejaman Polis


Berikut adalah video yang memaparkan detik cemas kekejaman polis yang bertindak memukul mahasiswa yang membuat demonstrasi di luar UPSI pada malam di ambang tahun baru 2012 

mangsa yang cedera parah Safwan Anang semasa masih tidak sedarkan diri

Petang tadi baru sedar dan dikunjungu ustaz Nasrudin tantawi

demontrasi aman yang dianjurkan dewan pemuda pas pusat diadakan di hadapan balai Tanjung Malim menuntut pelajar yg ditahan agar dibebaskan


 Akhirnya mereka dibebaskan ... Tahniah
Read More...

Oh Pak Hasan


Kesian Sungguh aku tgk pak hasan ni sana sini kena bambu.. mana taknya, byk org xpuas hati kat dia. Tu laaa... sapa suruh dok ikut sgt bayang2 pihak lawan.. Kita dalam PR ada cara kita sendiri.. walaupun kita tahu ukhuwah dan penyatuan melayu itu penting , tapi mcmana kita tak bersatu kalau puak sebelah sana masih menggunakan pemerintahan yang berasaskan kekayaan semata2. Puak sebelah sana cakap tak serupa bikin. Yang penting bagi dieorg, ada projek yg bleh buat dia kaya. Walaupun mereka tahu yang mereka salah, tapi demi duit, apa pun bleh jadi. 

       Dalam kes pak hasan ni, aku nampak dia ade salah, yang hentam dia pun ade salah jugak .. salahnya pak hasan ni dok ikut sgt rentak puak2 blah sana. Demonstrasi HIMPUNAN dia join, dulu plak kes nak gabungkan UMNO ngan PAS. Yang terbaru plak dia buat sidang media untuk jawab masalah2 yang berkait dengan dia. Lepastu bleh plak join diskusi untuk jawab isu2 terbaru tentang dia. Kalau dia ni guna akal dgn betul, kan dia dah tahu media semua kaki penipu dan putar belit. Tunggu peluang je nak putarkan kenyataan dan memecah belahkan PR. Takkan tak paham2 lagi politik kotor puak blah sana. Ape punya bengong laaaaaa..

            Puak yang duk hentam pak hasan ni pun 1 badigol gak.. kan awak tu dalam PAS.. takkan tak tahu sistem PAS tu macam mana. PAS kan lebih kepada perbincangan duduk semeja. Kenapa nk hentam terang-terang. Bawak la berbincang dulu, bila kluar kenyataan2 hentam org, kan dah jadi isu... jadi pulak bahan ketawa puak belah sana.. jadi plak bahan politik dieorg.. mula la dia kata PAS bertelagah, PAS lemah, PAS ini PAS itu.. pikir la sikit.. awak tu dah lama dlm parti, takkan xreti2 lagi. 

Mudah-mudahan lepas ni isu ni selesai... cepat skit kasi selesai.. nak PRU13 dah ni.. jangan bertindak hingga memburukkan parti. puak belah sana tunggu time je nak tembak isu2 kita.





Read More...

Dr Lo' Lo' Meninggal Dunia

Dr Lo' Lo' Meninggal Dunia

Al-Fatihah

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali(gambar atas) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.
[Berita penuh menyusul]

Sumber berita ihsan dari Harakahdaily.net
Read More...

Kisah Yang Tak Logik

Kisah Yang Tak Logik
Seperti mana yang telah kita baca, dengar dan lihat, tentang Ibrahim ali atau dengan nama manja Si Katak yang bukan main megah dan lancang nak ajak perang salib. Bukan main best lagi .. geli ati pun ade bila dengar apa yg kata. Bukannya kita nk mempertikaikan perang Salib yang sebenar, tapi yang kita nk pertikaikan sekarang, siapa beliau yang ajak kita berperang berdasarkan berita yang masih samar dan tidak ada kepastian. Bahkan yag kita pertikaikan, siapa beliau yang mengajak Perang salib? bukan kita tak tahu, si katak ni antara orang yg kuat berlakon baik. Dah la suka main isu perkauman, bersekongkol pulak dengan org yang menentang hukum Islam yang dijalankan di Malaysia.

Muhasabah la diri tu dulu barulah boleh bicara bab perjuangan menegakkan Islam. berdasarkan tajuk kita pasal "Kisah Yang Tak Logik" ni, kita nk membangkitkan persoalan yang timbul pd pihak berkuasa dan pihak eksekutif(pemerintah). Bilamana ada sedikit isu yang timbul dari pihak yang menentang pentadbiran negara, maka tindakkan yang pantas akan dihadapi dengan menggunakan alat penguatkuasaan seperti polis. Tapi bilamana berlaku kes org yang menimbulkan isu2 perkauman dan persengketaan agama dari kaum kerabat umno/bn, apa tindakan yang dilakukan? yang ade cuma buat bodoooooooh je .. yang tak ambil tindakan tu pun sama bodooooh aje. sedangkan isu yang sgt sensitif telah dimainkan. Isu berkenaan boleh menyebabkan ketegangan kaum bahkan ketegangan agama. Kenapa pihak berkuasa boleh menjadi sidungu yang dicucuk hidung.

Kami sebagai rakyat yang membayar gaji diaorang. Apa mereka ingat umno/bn ke yang bayar... boleh blah. Najib punya gaji pun rakyat yang bayar la.. jangan nak belagak la, jangan sampai rakyat tak halalkan duit yang korang dapat. Gelap ati korang la makan duit tak halal. Bak kata menteri besar Kedah, buat kije tu biar ikut kaedah Islam.. jangan nak ikut kaedah orang munafik je. Ingat sikit, yang ade anak bini tu, jangan sampai beri anak bini makan duit haram.. pembentukan anak kalau dari duit yang haram bakal memberi kesan yang negatif.

Wahai polis-polis sekalian, insaflah.. kita ni manusia biasa.. Yang berkuasa itu Allah.. yang beri kita rezeki itu Allah bukannya pemerintah bahalol kau orang tu. Semoga Allah beri petunjuk pada orang yang sesat.

Kita Bakor ajee
Read More...

Anwar dan Keluarga Yang Tabah

Anwar dan Keluarga Yang Tabah
Sedih dan Marah aku rasa bila Anwar tetap disuruh bela diri.. Sungguh kejam puak-puak penipu rakyat.. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara asalkan Anwar berundur dari politik. Sungguh tabah DSAI .. Kalau kita rakyat biasa, apalah agaknya yang kita rasa. Walaupun DSAI diperlakukan sedemikian, senyumahnya tidak lepa dari wajahnya. Beliau tetap melemparkan senyuman pada rakyat yang menyokong beliau, dalam hati siapa yang tahu.. pastinya beliau sedih dan kecewa.


Bagaimana pula kaum keluarga.. pastinya Wan Azizah mengalirkan air mata bila duduk bersama dirumah. Kaum keluarga DSAI pastinya tertekan dengan tindakan yang dikenakan kepada DSAI. Lepas satu satu dugaan yang diterima. Puak-puak zalim selagi boleh ingin DSAI putus asa dengan perang sikologi yang mereka lancarkan. Mereka rasa tergugat selagi DSAI berada dipuncak Pakatan Rakyat. Bagi mereka, Jika Anwar tiada, mereka akan berasa selesa. Ini kerana bermulanya era kebangkitan rakyat apabila orang bernama Anwar Ibrahim yang dahulunya Timbalan Perdana Menteri, dipecat. Rakyat hairan dan tidak percaya kerana Anwar Ibrahim yang dikenali rakyat seorang yang dedikasi. Maka bermulalah perpecahan dalam UMNO/BN dan datanglah era kacau bilau dalam politik mereka. Mereka sudah lama terlalu selesa dengan menipu rakyat dan merobek hak rakyat

Sehingga kini mereka rasa, DSAI orang yang perlu dihapuskan dari aliran politik Malaysia. Selagi DSAI ada, selagi itulah undi mereka semakin berkurangan. Puak-puak zalim sudah terpesong jauh. Mereka fikir rakyat boleh ditipu. Rakyat semakin bijak menilai dan berani menegur. Tidak mustahil jika kita menilai bahawa, rakyat akan bangkit menentang bahkan bakal menzahirkan kemarahan mereka dijalanan suatu hari nanti. Ini kerana sistem pemerintahan Malaysia semakin melampau dan polis semakin biadap. Ini semua keldai tunggangan big mama dan najib jendulri.


Beringat sebelum terkena wahai puak-puak zalim. 

Kita ini manusia, 
punya hati yang berbeza.. 
kemarahan ada batasnya, 
jangan buat rakyat rasa teraniaya hingga bangkit seperti diluar negara.


Rakyat masih ada tatasusilanya, 
pergi berhimpun xpernah membawa senjata, 
mengapa teriakkan dibalas pancutan, 
juga tembakkan dan juga belantan.

Abang polis pakcik polis
Kami manusia bukannya iblis
Guna otak bukan lutut
Kami hormat bukannya takut


InsyaAllah, Allah bersama-sama orang yang sabar... 
Read More...

Pantun Selamba Untuk Anwar

Pantun Selamba Untuk Anwar
Anwar, senyummu berlegar-legar
disambut teriak bergetar
walau dirimu dicerca dicabar
dari manusia berhati kasar

Anwar, hari-harimu semakin dijerut
ia bakal meninggalkan parut
walau yang lama dikenang membuat dahimu kerut
kau tetap disanjung bagaikan ribut

makin menongkah nada suara
ingin keadilan diangkat bersama
walau si jendul buat selamba
sama juga sidia big mama

kemuncup tumbuh dipadang bola
tersangkut di seluar payah cabutnya
walau dirimu berasa gulana
cekalkan hati bersama keluarga




Read More...

Korang Kena Kencing

Gambar Syaitan

Assalamualaikum...

Untuk tontonan sahabat-sahabat...
Gambar Syaitan diambil secara tidak sengaja dengan tujuan asal untuk mengambil gambar Gua Hira', tetapi ada sesuatu yang melintas di hadapan... dan inilah hasilnya!





CERITA YANG SEBENARNYA KAT BAWAH
Penipuan JIN GUA HIRA' !!!!

Mesti anda semua ada melihat gambar ini yang dikatakan gambar Jin Gua Hira...




















kalau korang nak tau, gambar tu sebenarnya TIPU, HOAX, FRAUD,FAKE!!!!!!!!!!!!

Ni gambar sebenar!! Gambar tu bukan gambar Jin pun!! Dan bukan diambil di Gua Hira' pun!!!

Terima kasih kepadajournalist Turki ALI MURAT GUVEN.

Dear brother, I am a Muslim-Turkish journalist from Istanbul. I am mailing you the true story of famous "faked" jinn picture on the net. I catched this famous cave monster from his leg in a show cave near Bristol-England! It is NOT the satan, or jinn, or another bizzare thing. It is only a silly sculpture made by hard-plastic for only touristic attraction and fun. The Muslim world believes this silly joke for years. I was researching the backside of this internet myth for one year and I arrived the truth last December.

-ALI MURAT GUVEN-


EHSAN :  blog Caca Marba http://helmdahl.blogspot.com/
Read More...

Apa Niat Sebenar Kerajaan Menambah Polis

Apa Niat Sebenar Kerajaan Menambah Polis
  Nampak gaya sekarang kerajaan kita menambah lagi bilangan polis. Alasan mereka, mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. Kalau itu peranan dan niat sebenarnya Alhamdulillah. Tapi yang merisaukan aku, ada niat lain kerajaan korang skarang ni. Jangan-jangan dieorang nak tambahkan lagi undi pos. Kita bukan tak tau, undi pos rata-rata dimiliki BN. Entah betol ke tidak gaknya polis-polis ni duk undi dieorang bukannya kita tau. Pakatan Rakyat dah lama mintak dimansuhkan undi pos ni, dan biat beri polis dan tentera mengundi macam rakyat biasa. Bukannya susah sangat pun nak buat macamtu. Tapi kerajaan korang ni kecut perut. Tak berani buat macamtu. Mesti ade udang disebalik maggi.

Polis sekarang lebih banyak yang bertugas halang ceramah Anwar Ibrahim dari banteras jenayah. Mana tempat Anwar ceramah cuba korang tenguk, die punya ramai, puuhhhh.Nampak gayanya makin banyak la rumah kena pecah dek polis yang duk sibuk ke ceramah Anwar. Bukan main lagi takut si Najib dan kuncu-kuncunya. Kalau berani biar la Pakatan Rakyat berceramah, barulah demokrasi itu berjalan dengan telus.

UMNO/BN PENAKUUUUUUUUUUUUUUT HAK TUWEI


Read More...

Motif UMNO fitnah DAP

Motif UMNO fitnah DAP
Assalamulaikum...

Nak cerita sikit ni berkenaan tomahan-tomahan terbaru umno/bn pada DAP sjak akhir-akhir ni. Kita bukan tak tau, umno ni amalkan politik perkauman sempit.. dan kita juga dah tahu DAP ni parti politik pembangkang yang dikuasai kaum cina. UMNO sebolehnya nak dapatkan undi melayu.. pilihanraya pun dah dekat, maka berjalanlah perang sikologi juak2 umno ni. Niat mereka nak tarik balik org melayu supaya sokong dia, pastu boleh la dia menang kembali negeri2 yang majoriti melayu yg pembangkang rampas pada pilihanraya 12 dulu.

umno ni sebolehnya nak buat org melayu benci pada kaum cina. Ini satu sistem perkauman yang merbahaya diamalkan puak2 umno/bn .. jika dibiarkan berlarutan, maka akan wujudnya satu rasa kebencian yang boleh menyebabkan pertelingkahan kaum seperti yang berlaku pada 13mei dahulu. Masa kejadian 13mei dulu juga disebabkan oleh pihak umno/bn dimana mereka mengalami masalah dalaman yang menyebabkan mereka membuat propaganda hingga menyebabkan rusuhan kaum. Maka mereka mulalah memainkan peranan dalam cubaan mendapatkan sokongan melayu kembali. Ini jugalah cara dan taktik yang sedang cuba dimainkan umno/bn.

Jika berlakunya kembali petelingkahan kaum, maka mereka akan cuba menjadi hero yang kononnya membela org melayu, disamping mendapatkan kembali sokongan orang melayu. Tetapi mereka lupa bahawa rakyat telah semakin maju dan bijak dalam menilai tindakan umno/bn. Rakyat juga sudah jemu dengan taktik kotor mereka seperti politik budak kecil. Kaum cina juga telah bijak, menilai politik murahan umno/bn. Ini kita boleh lihat dan nilai apabila kaum cina telah berpaling kepada pembangkang sehingga berlakunya pengurangan ketara undi cina terhadap umno/bn dalam pru12 dan pilihanraya kecil.

InsyaAllah taktik mereka takkan menjadi .. AMIN
Read More...

Ancaman pd Anwar

Ancaman pd Anwar
Kebelakangan ini, kita banyak mendengar dan mendapati, setiap kali ceramah yang akan dihadiri Dato Seri Anwar Ibrahim, pasti akan diganggu oleh pihak polis. Mengapakah perkara ini boleh berlaku? Yang terbaru, gangguan ceramah Anwar di Telunk Gedung Indah Pelabuhan Klang yang dihadiri sendiri Pengarang. Pengarang sendiri berasa pelik, adakah Anwar ancaman yang serupa dengan pengganas. Adakah anwar org yang boleh mendatangkan kekacauan..

Kami sebagai pembangkang sekadar 1 cabang sistem yang memainkan peranan dalam menentukan halatuju negara yang lebih terbuka dan lebih kukuh tanpa adanya korupsi, Kolusi, dan Nepotism yang bakal menghancurkan negara. Jika sistem pemerintahan negara kita telus tanpa adanya ketidakseimbangan keadilan, maka kami percaya, sistem politik pembangkang tidak perlu diwujudkan. Tapi, mengikut rasional sistem politik dunia, di Nagara manapun kita akan dapati akan wujudnya sistem politik pembangkang yang dilaksakan bagi memberi keseimbangan dan sebagai 1 badan penggerak yang bakal menentang pempin jika wujudnya politik kotor

Di Malaysia, rakyat sudah semakin jemu dengan tindK tanduk pemimpin negara yang semakin hari semakin bangang dalam menyelesaikan pentadbiran negara. Terlalu banyak kecelaruan yang menyebabkan rakyat semakin ditindas. Ini berlaku akibat daripada pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan kroni2 mereka. Oleh yang demikian, mereka bimbang dengan kebangkitan rakyat yang telah mula menggugat kuasa mereka. Pelbagai taktik yang digunakan bagi menggagalkan ceramah-ceramah pembangkang lebih2 lagi yang dihadiri Anwar Ibrahim.

Saya sendiri terkejut semasa hadir di ceramah Anwar di Teluk Gedung indah baru-baru ini. Belum sampai lagi penceramah, pihak polis dahpun mengepung pentas ceramah dengan Blackmaria(truk polis) betul2 dihadapan pentas. Bila Azmin Ali memulakAn ceramah.. mereka dah mula rapat di bahagian pentas untuk menghalangnya, dah baru 5 minit ceramah bermulA, Polis dah suruh berhenti.. ape le biadap dan bebal sangat polis. Alasan polis, ceramah tak dapat permin, sedangkan ceramah itu di tanah markas PAS bukan tanah mak bapak Najib dengan Big Mama.

Bila Anwar sampai saja polis dh mula nak menggagalkan dan menghalang Anwar berucap. Tapi Anwar sempat berucap selama 5 minit di atas Toyota Hilux. Rasanya kalau Anwar tiada menenangkan keadaan, saya pasti Ramai yang akan bertempur dengan pihak polis malam tu.

Apa yang saya dapati, pihak polis memang dah berniat nak menghalang ceramah Anwar pada malam tersebut dengan menggunakan kekuatan water cannon dan FRU anjing. Cuma FRU dan water cannon lambat sampai. Saya sempat nampak kelibat mereka menuju ke tempat ceramah dan terpaksa pusing kembali sebab orang ramai dan polis dah bersurai. Disini kita polis nilai niat buruk Pemimpin yang menggunakan Polis sebagai alat menentang Anwar habis-habisan. Tidak mustahil saya katakan bahawa Anwar akan ditangkap.

bersambung...
Read More...

Jangan Sambut Hari Ibu. Sejarah Hari Ibu

Jangan Sambut Hari Ibu. Sejarah Hari Ibu
ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.

Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.

Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. 

Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day


Tak perlu tunggu ahad kedua bulan May untuk sambut hari ibu, setiap hari ialah hari ibu, kerane ibu itu, takkan sehari gagal untuk mendoakan anaknya, takde sebab kite hanye patut meraikan sehari dalam setahun untuk kasih sayang dan pengorbanan mereke. ucapkan sayang ibu setiap hari, sementare berkesempatan.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka” [Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]


"terima kasih atas doa mama,
untuk setiap titik susu mama,
setiap air mata yang jatuh, harap mama ampunkan,
untuk setiap saat gusar hati untuk anakmu,
untuk setiap lafaz yang menenangkan anakmu,
untuk setiap keringat untuk membesarkan anakmu,
untuk setiap wang ringgit untuk kami 3 beradik.
tiada ucapan, tiada hadiah tiada apa yang mampu membalas jasamu,
walau mama kata cukuplah dengan kejayaan kami,
tidak. itu masih belum cukup,
kerana jasa mama terlalu agung,
terlalu bernilai dan terlalu berharga hingga kami tak mampu balas,
maafkan kami yang mungkin tanpa sedar dan dalam sedar mengguris perasaan mu.
Read More...

Facebook Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mohon Untuk "Like" Facebook Minda Pengarang. Tq


Sokongan anda adalah sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada Admin untuk membuat posting isu-isu dan bahan ilmiah terbaru sebagai rujukan anda. sekian terima kasih.